Ahad, 11 Mac 2012

IsuSyria : Wajib Keatas Kita Menolong

  Assalamualaikum..!! Lame rasenye menyepi daripada menulis.. Ambe mintak maaflah kepada semua yang sudi menunggu post ambeseterusnye,, AMbe menyepi bukan di sebabkan ketersengajaan akan tetapi diatas sebab2 teknikal.. Maafkan ambe semua deh...


 Hari ini setelah sekian lame menyepi, hari ini ambe nak ajok teman2, rakan2 dan diri ambe sendiri supaya kite bangun dari tidur kite.. Ambe nak uji kesedaran sahabat2 sekelian atas satu isu ini..


 Isu nye adalah kezaliman.. Ia.. KEZALIMAN!! Kezaliman yang berlaku di Syria.. Kezaliman yang juge berlaku keatas sahabat2 kite di Mesir.. Yang ditarik pinjaman kerana mengikuti Bersih 2.0..


Tahukah anda semua?? Basyar Al-Asad telah membunuh rakyatnye lebih daripada 15,000 orang setelah tercetusnye revolusi itu setahun yang lalu.. Adakah kite semua mengambil tahu akan perkara ini?? Adakah kalian cakna atas isu ini?? Sedangkan Nabi Muhammad S.A.W bersabda : 
              
          "Barangsiapa yang tidak mengambil tahu, tidak ambil peduli akan perihal dan nasib ummat Islam yang lain, dia bukan lagi dari kalangan aku" 


Sedarkah kita atas perkara ini?? Berapa ramai yang cakna akan isu ini.. Sedangkan darah yang mengalir ditubuh ummat Islam disana adalah darah kite bersama.. Tidakkah kalian sedar?? Mengapa kalian masih seperti katak dibawah tempurung?? 


Basyar Al-Asad seperti mahu menandingi ayahnye Hafiz Al-Asad.. Hafiz Al-Asad telah membunuh rakyatnye sendiri seramai 40,000 orang..



Ketua Kesatuan Ulamak Islam SeDunia, Prof.Dr.Yusuf Al-Qardhawi mengeluarkan pandangan jihad wajib ke atas setiap rakyat Syria. Beliau juga mengeluarkan fatwanya seperti berikut:

1) Jihad kewajipan setiap rakyat Syria dan tidak menjadi syarat perlu memperoleh persetujuan dari ayah dan ibu. Menjadi kewajipan umat bagi membantu mereka dengan harta dan senjata.

2) Setiap tali barut (Syabih) atau perisik atau pembantunya hukumannya adalah zalim dan perlu dibunuh.

3) Setiap tentera yang diperintah membunuh rakyat perlu berpaling tadah walau apa jua akibatnya.

4) Setiap mereka yang terkorban sama ada dibunuh, berpaling tadah dari rejim, menyertai demonstrasi atau mengiringi jenazah maka matinya adalah mati syahid dengan izin Allah.

5) Kewajipan bagi pekerja dan pegawai kerajaan agar membantu revolusi dengan maklumat.

6) Di sana, terdapat golongan Syiah 'Alawi yang dizalimi maka tidak boleh melayannya sebagai pembunuh.

7) Pasukan tentera atau keamanan yang mengadakan gangguan seksual ke atas wanita maka mereka mesti dibunuh.

8) Setiap individu mazhab dan agama diseru menyertai revolusi dan membunuh rejim.

9) Tidak salah jika penyertaan wanita bersama-sama revolusi dengan kemampuan yang mereka miliki.

10) Zakat pada waktu ini wajar diberi keutamaan bagi menyokong Revolusi Syria dan membantu para pejuang padanya.

Presiden Kesatuan Ulama' Islam Sedunia itu juga,  ketika menyampaikan khutbah Jumaat di Doha,Qatar menujukan ucapan kepada Basyar sambil berkata:
"Wahai Basyar! Percayalah, bahawa Allah sama sekali tidak akan membiarkan kamu..Tidak! Saya mahukan kamu berambus! Tidak dapat tidak,kamu perlu dibicarakan."

Beliau kemudian menyeru kepada rakyat Syria:

"Wahai rakyat Syria!Wahai pahlawan dan wira-wira yang menolak kezaliman dan penghinaan! Teguhkan pendirian kalian atas dua kaki!"

Kepada Russia dan China yang bersekongkol dengan rejim Syria, beliau katakan:

"Menjadi sunnatullah bahawa kezaliman akan lenyap, percayalah wahai Russia dan China, bahawa rakyat Syria akan dibantu, rakyat Syria akan menjadikan usaha kalian sia-sia".


Cube kalian lihat video ini...




Dan ini juge : 

Video yang berjaya dicuri .. Untuk menunjukkan kejahatan Basyar Al-Asad laknatullah Alahi'..

Jom kawan2.. Kite hulurkan sumbangan.. Sekurang2nye hulurkan doa.. Dirakaat akhir setiap solat tu, buatlah Qunut nazilah untuk mereka.. Mintak ALLAH bantu mereka.. Disini saya sertakan doa tersebut..

Bacalah setiap kali solat.. Paling kurangpun bacalah yang nie..

Pon dah cukup kalau kalian baca yang nie.. Asalkan baca daripada tak baca langsung...

 Sahabat2 semua.. Mereka memerlukan sumbangan2 dari kite untuk melawan rejim basyar laknatullah nie.. COntohnye senapang.. Tak percaya?? Lihat video nie..

Mereka mahu kan senapang ataupun senjata api untuk melawan rejim ini.. So.. Sama2lah kite hulur sumbangan.. Kalau ade yang datang mintak derma untuk syria kite hulurkan walaupon sedikit.. Walaupon 50sen.. Janji niat anda ikhlas untuk menolong syria.. 

iNGAT sahabat2!! Darah mereka adalah darah kite semua yang bergelar muslim.. 

Saya ade satu soalan untuk kalian semua.. Anda sanggup ke tengok darah kite tumpah begitu je??
Tidakkan!! Takkan  kite nak tengok darah kite tumpah begitu je tanpa pembelaan di syriakAN..

Kite orang Islam ibarat al-bunyan.. Ibarat satu banggunan.. Ibarat satu tubuh badan... Apabila sakitnye salah satu anggota badan itu maka semua anggota badan akan turut berjaga..

Begitu juga kite.. Satu negara ummat Islam ditimpa musibah maka seluruh ummat Islam diatas dunia nie  wajib berjaga atau makne lainnye wajib cakna dan menghulurkan bantuan keatas ummat Islam yang ditimpa musibah itu..

Percayalah sahabat2 !!! Janji ALLAH pasti berlaku... Ummat Islam pasti menang.. ALLAHU AKHBARx3!!

Mungkin setakat itu dulu kot untuk post kali ini.. Banyak lagi yang hendak dikeluarkan.. Tetapi memandangkan perut ana pun udah berbunyi maka ana terpaksa berhenti menulis bagi memberi laluan kepada perut ana pulak untuk diisi.. Ana pergi mengisi bukan sekadar mengisi akan tetapi untuk menambahkan lagi kekuatan untuk melawan musuh ALLAH..

Ambe mintak maaf atas tulisan nye yang xberapa teratur...

Tunggu sambungan tentang Syria daripada ambe.. Wallahu A'lam.. Assalamualaikum..

Ahad, 5 Februari 2012

Ya Mustofa Ya Habibi Ya Rasulullah!

Sudah tibe hari2 yang kita tunggu kan... Hari yang menjelma setahun hanya sekali... Kan3??Iaitu hari kelahiran baginda penghulu segala nabi2 MUhammad Sollallahu Alaihi Wasallam.. Ade yang sambut hari kelahiran Penghulu kita Nabi Muhammad S.A.W dengan cara membersih masjid.. Buat pogram2 yang bermanfaat... 


Teringat saya zaman sekolah dulu, zaman kecik2, selalunya tiba hari maulud Nabi pihak sekolah akan bawa kami ke masjid untuk dibersihkan masjid itu... So.. Beruntunglah kan tok siak yang bersihkan masjid tu.. Tak payah nak bersih kan masjid pada hari itu...


Tapi, bile dah besar nie, bile dipikirkan balik apa gunenye kita menyambut maulud Nabi sedangkan sebelum datangnya hari kebesaran itu kita tak pernah nak ingat akan Penghulu segala Nabi itu.. Kita lawan kita tolak apa yang dibawa olehnya.. Kita tinggalkan apa yang disuruhnya... Kita tidak mengamalkan apa sunnahnya.. Tut tut... Bila datangnya hari kebesaran beliau kita sambut dengan penuh kegirangan.. Dengan penuh kegembiraan.. Sedangkan kita tidak pernah mengingatinya..


Hipokrit tak?? Hipokritkan... 


Sedarlah kawan2 dan diri ini juga... Tak salah untuk menyambut maulud Nabi, malah pak sedare Nabi Abu Jahal juga menyambut kelahiran Nabi.. Disambutnya dengan penuh kegembiraan.. Akan tetapi dia tidak mengikut apa yang Nabi bawa.. Dia menolak apa yang dibawa oleh Nabi.. Ditentang habis-habisan.. Malah ditawar olehnya kepada Nabi untuk dijadikan Menteri Besar Mekah jikalau ditinggalkan dan diberhentikan untuk mengajak manusia dan penduduk Mekah ke agama Islam..


Kita dengan abu jahal lebih kurang kan?? Sambut kelahiran Nabi akan tetapi meninggalkan apa yang Nabi suruh buat... Dan tak buat apaa yang Nabi suruh lakukan.. 2x5 jela kita dgn abu jahal..


Saya ternampak dimuka buku gambar diatas.. Dimuka langit terukirnya nama Muhammad.. ALLAH mengingatkan kita akan hari kebesaran dan hari kemuliaan didalam bulan Islam,iaitu hari kelahiran kekasihnya, hari kelahiran pesuruhnya diatas muka bumi ini..


So.. Pada hari yang penuh barakah ini.. Hari kelahiran Penghulu segala Nabi2.. Kita sama2 berazam untuk berubah.. Daripada tidak mengingati Nabi kepada Nabi selalu melekat dihati kita... Barulah kena dengn smbutan kita.. Kita menyambut hari kelahiran org yang selalu dihati kita..


Nie tak.. Menyambut hari kelahiran yang kita selalu lupa kepada nya..Macam mak ayah kita lah... Kalau kita tak ingt kepada mereka memang soh2 lah kita tak sambut hari kelahiran merekakn... Tiada gunanya menyambut hari kelahiran orang yang kita tak pernah nak ingat..


Nabi selalu ingat kat kita..Tapi kita asyik lupakan akan Nabi..Nabi sebelum wafat asyik sebut 'ummati' 'ummati'.. Tapi kita...Mase tengah hidup nie ade ke selalu kita sebut name nabi?? Ingat pada nabi?? Mungkin ade.. Tapi tak ramai.. Moga2 kita tergolong dari golongan yang tak ramai itu..Golongan yang selalu mengingati nabi...


Nabi sangat-sangat merindui kita.. Akan tetapi pernah kah kita merindui baginda?? 


Suatu hari, Rasulullah bertanya:
"Siapakah hamba Allah yang mulia?"
Sahabat menjawab: "Para Malaikat ya Rasulullah"
Sahabat menjawab: "tentulah para Nabi, merekalah yang mulia"
Rasulullah tersenyum lalu berkata: "Ya, mereka mulia tapi ada yang lebih mulia"
Para sahabat terdiam lalu berkata: "Adakah kami yang mulia itu ya Rasulullah?"
Rasulullah berkata: "Tentulah kalian mulia, kalian dekat denganku, kalian membantu perjuanganku, tetapi bukan kalian yang aku maksudkan....

Rasulullah menundukkan wajahnya, baginda menitiskan air mata sehingga membasahi pipi dan janggutnya lalu bkata:
"Wahai sahabatku, mereka adalah manusia-manusia yang lahir jauh setelah wafatnya aku, mereka terlalu mencintai Allah dan tahukah kalian, mereka tak pernah melihatku, mereka hidup tidak dekat denganku seperti
kalian tetapi mereka sangat rindu kepadaku dan saksikanlah wahai sahabatku, bahawa AKU SANGAT
RINDU PADA MEREKA, MEREKALAH UMATKU !



Tengok..Taraf yang diberi oleh ALLAH kepada kita ummat akhir zaman..Kita akan jadi lebih mulia daripada Nabi2 jikalau kita mencintai ALLAH dan RASULNYA.. Menjadi orang yang membantu perjuangan NAbi hingge ke titisan darah terakhir...


Nie tak... Lawan sokmo nabi.. Cmne lah kita nak jadi orang yang lebih mulia daripada nabi2 sebelum nya jikalau kita asyik melawan kata2 baginda..?? Cuba fikirkan...


Dan marilah kita sama-sama banyakkan salawat keatas junjungan besar penghulu segala Nabi2 Muhammad Sollallahu Alaih Wassallam


Daripada al-Husin B. ‘Ali B. Abu Tholib radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:Orang yang kedekut (bakhil) adalah orang yang ketika namaku disebut tetapi dia tidak berselawat ke atasku. (Hadis Riwayat Ahmad, 3/257-258, no. 1736. Kata Syaikh Syu’aib al-Arnauth: Isnadnya kuat, perawinya tsiqah. at-Tirmidzi, Sunan at-Timidzi, 11/456, no. 3469 dengan katanya: Hasan sahih ghorib)

Daripada Abu Hurairah, Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
Sesiapa yang berselawat kepadaku satu kali, akan dicatat baginya sepuluh kebaikan. (Hadis Riwayat Ahmad, 12/520, no. 7561. Hadis ini sahih, sanadnya hasan) 

♥ KAMI MENYAYANGIMU DAN MERINDUIMU YA RASULULLAH, NABI MUHAMMAD S.A.W KEKASIH ALLAH S.W.T ♥


RINDU DAN SAYANG KAMI KEPADA MU TIDAK AKAN SESEKALI HILANG DARI HATI KAMI! CINTA YANG TAK AKAN HILANG BUAT SELAMA-LAMANYA, INSYAALLAH!


p/s:Apa yang baik ambil dan yang buruk buang....Hakikatnya semua dari ALLAH..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...