Khamis, 24 November 2011

Tazkirah : Sejenak Di Pagi Jumaat


Salam sahabat2.. Apa kabar semua? Harap sehat semua lah... DI pagi jumaat yang mulia ini marilah sama2 kita fikir apakah amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan sejak dari jumaat yang lepas sampailah jumaat hari ini.. Fikir dan muhasabah balik apa yang telah kita lakukan selama seminggu ini... Bukan lah maksud saya bile seminggu baru nak muhasabah diri.. Tidak.. Muhasabah diri disetiap hari sebelum kita tidur.. Tapi hari jumaat ini adalah hari yang paling tepat untuk kita himpun dan fikir balik amalan2 yang kita buat selama seminggu...


Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab dihadapan Allah s.w.t.. Hisablah diri kamu bermakna muhasabah balik diri, ingat balik dosa2 yang kita telah lakukan dan bertaubat atas setiap kesalahan ataupon dosa2 yang telah kita lakukan.. Kenapa Allah meminta kita untuk menghisab diri sendiri didunia ini sebelum kita dihisab dihadapan nya nanti..?? Kenapa DIA tidak ckap jangan hisab dirimu sebelum AKU hisab diri mu.. Kenapa Allah tidak berkata begitu ? Itu bermakna Allah tersangat sayang kepada hamba2nya yang taat kepadanya.. Allah menyebut hisablah dirimu, bermakna Allah tidak suka menghisab kesalahan dan dosa hamba2nya..


Sebab itulah Allah meminta kita untuk menghisab diri sendiri, menghisab kesalahan, dosa, pahala, amalan baik dan buruk supaya dihadapan Allah nanti kita tidak lagi dihisab dosa2 kita, kesalahan2 yang telah kita lakukan, amal yang buruk akan tetapi hanya dihisab pahala2 dan amalan baik yang kita lakukan semasa hidup diatas dunia.. Wallahua'lam


Ya Allah..Apabila Engkau memanggilku, ambillah aku dalam keadaan khusnul khotimah dan sempatkanlah aku untuk mengucap kalimah 'Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah'

InfoMesir : Syeikh Al-Azhar Harap Polis Tamatkan Keganasan



Syeikh Al-Azhar- Dr Ahmed Al-Tayeb dalam satu kenyataan hari ini menyeru pimpinan polis Mesir mengeluarkan perintah agar menghentikan tindakan mengarahkan senjata dan menembak penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik. Beliau juga menggesa agar penunjuk perasaan agar mengekalkan demonstrasi aman dan angkatan tentera elakkan konfrontasi antara rakyat.

Menurut Kementerian Kesihatan melalui laporan televisyen Al-Arabiya, keganasan yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut, manakala 3 orang terbunuh pada hari Rabu.

Al-Azhar juga menyeru pemuda yang berada di Tahrir dan semua penguasa di Mesir untuk mengekalkan keamanan dalam revolusi ini, walaupun mereka perlu berkorban dan menghadapi kesukaran untuk melindungi semua harta awam dan swasta.



Sumber di olah : Islamtoday , Alarabiya
Sumber : InfoHewi KPT
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...