skip to main |
skip to sidebar
" Kerajaan baru mungkin akan diumumkan pada Khamis," kata Perdana Menteri, Kamal Al-Ganzouri, yang ditugaskan untuk membentuk kerajaan negara keselamatan yang baru. Beliau turut menyatakan masih belum menemui mana-mana calon.
Kamal Al-Ganzouri telah bertemu Hussien Tantawi, Presiden Majlis Tertinggi Tentera(SCAF), pada Isnin untuk membincangkan pembentukan majlis penasihat bagi membantu Majlis Tertinggi Angkatan Tentera semasa dalam tempoh peralihan.
Beliau berkata keutamaan kerajaan baru adalah untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baru. Peluang pekerjaan ini diwujudkan supaya dapat mengimbangi keadilan sosial dalam menghadapi harga pasaran yang melambung tinggi.
Kamal Al-Ganzouri juga bertemu dengan wakil-wakil dan gerakan-gerakan politik daripada pelbagai pihak untuk membincangkan cara-cara mengatasi krisis politik semasa negara.
DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011
Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Dicopy di : We Care 4 Islam
Syeikh Al-Azhar Ahmad Tayyeb telah menggesa rakyat Mesir untuk turun mengundi dalam pilihan raya parlimen fasa pertama yang bermula hari ini. Beliau memberi amaran pada mereka yang gagal untuk hadir dalam sesi pemilihan ini adalah "orang-orang yang berdosa."Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang.Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik.Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Dicopy di :
We Care 4 ISLAM