Selasa, 27 Disember 2011

IsuWanitaSekarang: Wanita Sekarang Tidak Sama Seperti Dulu

Gadis Ayu Bertudung  Tapi Pemandangan dari Belakang Menjadi Kurang Menarik.
Adakah sesuai untuk berpakaian macam ini?



                                    Maaflah kerna meletakkan gambar yang kurang elok..

Admin kecewa!!!Inilah contoh wanita yang Nabi katakan berpakaian tapi telanjang..Pakai baju kecik.. Lain kali carilah baju yang cukup dan lebih skit kainnya..Pakai baju muslimah tak salahkn?? Janganlah berpakaian macamni... Nabi marah..

A‘isyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar radiallahu ‘anhuma pernah mengunjungi Rasulullah sallallahu ‘alaihi-wasallam dengan pakaian yang agak nipis. Lalu Rasulullah berpaling darinya seraya bersabda:
"Wahai Asma’ , sesungguhnya wanita apabila telah baligh, tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini: baginda mengisyaratkan wajah dan kedua tangannya, selepas pergelangan tangan." (Riwayat Abu Daud)

Aiyoyo..Tak tahulah nak jadi apa dengan dunia akhir zaman sekarang ni.. Muda Mudi telah ditarik rasa malunya.. Sudah tiada rasa malu!! Memang betol apa yang Rasulullah jangkakan 1433 tahun dahulu lagi..ALLAH..Admin tak tahulah nak kata apa lagi.. TAk salah nak g tengok bola ka apa ka.. Tapi pakaian tu biar tutup aurat dengan betol sebetolnya..Yakni cara menutup aurat yang Rasulullah ajar.. Bukannya yang taghut ajar.. Menjadi haram jikalau pergi tengok bola dalam keadaan berpakaian seperti diatas..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Dah bacakan ayat ALLAH AlKarim diatas. Kenapa Allah memerintahkan muslimah untuk melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka? Ade motifnya sahabat-sahabiah sekelian. “Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Disini telah terjawab soalan itu kerana ALLAH tersangaT mahu untuk menjaga wanita..

Tapi mengapa?? Mengapa ada sebahagian perempuan yang tak reti2 bahasa tidak mahu menutup sepenuhnya aurat mereka?? Adakah kerna mahu menunjukkan yang diri mereka itu cantikk?? Dimana cantikknya anda?? Jikalau auratnya terpampang jelas sehinggakan ada orang yang tergoda melihatnya..Ade sebahagian perempuan mengatakan 'ikot suka kamilah nak pakai apa2pon..Kami xmenyusah sape2kan' Tidak..Anda sebenarnya telah menyusahkan
1)Ayah
2)Suami
3)Adik Beradik Lelaki
4)Anak Lelaki
tapi anda tidak perasaan akan semua ni.. Anda hanya pikirkan kepentingan diri anda..Tak pikir kami2(lelaki) yang bakal diseksa kerna kesalahan kalian..

Ya.. Tak salah untuk cantikk.. Tak salah.. Tetapi akan menjadi salah jikalau anda mempamer kecantikkan anda selain dari suami anda yang sah.. Anda telah membenarkan manusia2 diluar sana untuk meratah kecantikkan tubuh badan anda yang telah dicipta khas untuk suami anda suatu hari nanti..

Apa jenis manusialah kalian ni.. Kerna disebabkan kalian kami turut tertarik untuk bersama kalian ke neraka ALLAH.. Mungkin didunia ini kalian berani mengatakan 'biarkanlah..Ini urusan kami dengan ALLAH' tapi diakhirat sana berani ke untuk anda berkata demikian?? Berani ke?? 

Ingatlah kaum hawa.. Kami marah bukan kerna kami benci.. Tapi kerna kami sayang kan diri kalian.. Kalian adalah pertama yang ALLAH ciptakan khas untuk suami kalian.. Pleess...Tolong.. Jangan benarkan manusia2 diluar sana meratah keindahan diri anda dengan sesenangnya tanpa ikatan rasmi.. Dan tolonglah..JANGAN JADI PEREMPUAN MURAHAN!!! 

Kami marah bukan tandakami benci TAPI KERNA KAMI SAYANGKAN diri anda!! Dan sebaik2 perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..Rebutkanlah peluang untuk menjadi wanita solehah bukannya wanita terkutuk yakni perempuan berpakaian tapi telanjang..kbye..wassalam


POLITIK:PAS MEMBUKA JALAN KEPADA SERAWAK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN


KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.

"Rakyat Sarawak ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.

"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.

Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.

"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.

"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.

Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.

"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.

PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.

Written by : Hazayani Zakaria 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...