Sabtu, 8 Januari 2011

~Baru seminggu, sudah 7 kes buang bayi~

08 JAN 2011:Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.
Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
- Bernama

 Lihatlah sahabat2 sekelian...baru je seminggu kita merayakn tahun baru tp dalam masa seminggu tu juga lah dh 7 org terlepasnya anak haram...Inilah akibat nya apabila negara Islam tidak diberi laluan untuk memerintah negara...Itu baru seminggu belum lg setahun...cube sahabat2 sahabiah fikirkan sejenak..jikalau setahun berapa puluh anak haram akan dilepaskn?...sekarang negara kita adalah diantara rates tertinggi didalam perlumbaan perlepasan/pembuangan anak haram...

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kita akan perhebatkan lagi usaha membanteras kes pembuangan bayi...akan tetapi sahabat2 dimanakah hasilnya ??..dari dulu lagi Datuk Seri Shahrizat kita cakap akan membanteraskn kes pembuangan anak ini...tp sampai skrg pun masih tiada hasil juga...dulu cadangan beliau untuk membina pondok  bayi..supaya dapat mengurangkan kes pembuangan bayi nie...tp hasil nye mane ?.woii!!..dari mg bina pondok bayi baik mg bina rumah untuk org2 miskin..kalu mg nk banteras kes gejala buang anak nie smpai ble tak akan sentle...hanye islam je yg dapat meyentlekan bende nie...kalu mg ikot islam,ikot cre pemerintahan islam,ikot quran dn sunnah Rasulullah s.a.w bende nie tak akn jadi..akan tetapi kalu mg ikot cre pemerintahan org kafir./taghut kerajaan mg akan hancur...

 Didalam zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a hanya 2 kali berlaku kes zina..akan tetapi didalam pemerintahan BN yg hanya beberapa tahun baru dh berpuluh2 ribu kes zina dan kes pembuangan anak...Ya Allah..dimanakah akal kita semua?memilih org jahil,org yg tdk faham agama untuk memerintah negara kita..betapa bodoh nye kita...diakhirat nanti kita semua akan ditanya oleh Allah Taala kenapa kamu memilih org jahil,org yg tak faham agama aku untuk memimpin kamu semua...apa kita semua nk jawab dihadapan ALLAh nnti.?fikir2kan lah wahai sahabat2 sekelian...fikirkanlah..

 Rasenya sudah smpai masenye untuk kita mengubah kerajaan..sudah smpai masenye untuk kita menaikkan kerajaan Islam..untuk menaikkan kerajaan Islam nie bukan senang..memerlukan tenaga dari kalian semua sbagai pemuda-pemudi..berjuanglah...berjuanglah sampai ke titisan darah terakhir kalian hanyelah untuk Islam yg tercinta..moge2 ALLAH Taala mmudahkan jalan bg kita..Allahumma yassir wala tuassir...amin2x ya robb..


 harap2 apa yg diUPDATEkn ini berguna untuk kita semua...salam ukhuwah...

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...