Khamis, 5 Mei 2011

~Besarnya Tuhan Dalam Kehidupan Insan~


Buatlah apa saja biar bersama Tuhan
Berniagalah dan cari kehidupan sertakan Tuhan
Laksanakan apa sahaja jangan tinggalkan Tuhan

             Tuhan hendaklah di bawa ke mana-mana

Tuhan sertakan dalam perjuangan
 Didalam menuntut ilmu jangan lupa Tuhan
Tuhan adalah segala-galanya
Ia modal hidup mati kita
Ia aset yang kekal abadi

Yang memberi keuntungan dan kebahagiaan kepada kita
Tuhan kenalah ada di dalam sebarang hal dan keadaan
Jangan cuba tinggalkan Tuhan,kita akan kecundang
Tuhan adalah harta yang bukan harta yang sangat di perlukan
SelainTuhan adalah harta yang tidak memberi jaminan
Tuhan adalah sangat di perlukan di dalam sebarabg keadaan

Jangan tinggalkan Tuhan!
Jika kita sudah di tinggalkan
Sebarang kehidupan kita sudah tidak ada erti di dalam kehidupan

Begitulah besarnya Tuhan dalam kehidupan insan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...