
Salam para blogger semua..Semoga kalian terus dirahmati Allah SWT..
Layangan mindaku kali ini mengenai tidur waktu tengahari..Aku yakin para blogger pasti sedar akan kelebihan amalan ini. Malah Imam Al Ghazali di dalam kitab ‘Ihya Ulumuddin telah berkata: “Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor.”
Jelas amalan tidur waktu tengahari memang baik malah dianjurkan ulama-ulama. Ia membuatkan badan kita lebih segar untuk menyambung tugasan di waktu seterusnya..Malah sarjana Barat juga mengakui amalan ini. Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate.' Di antara tokoh-tokoh yang menggalakkan tidur tengahari ini ialah Dr. William A. Anthony, Ph.D. dan Camille W. Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work.'
Walau bagaimanapun, janganlah kita tidur sehingga berdengkur atau sehingga pukul 2 lebih yang mengakibatkan kita menggunakan waktu pejabat untuk solat zohor pula. Masa yang digalakkan adalah antara 10 - 15 minit sekadar untuk melelapkan masa sementara menunggu Zohor. Selepas itu, boleh lah kita melakukan urusan lain seperti makan tengahari dan sebagainya.
Kepada para blogger, adakah para blogger mengamalkan amalan sunat yang sangat dituntut ini ?. Jika melakukannya, apakah pengubahsuain yang dilakukan agar ia tidak terlajak sehingga melewati waktu sepatutnya..Layangkan minda para blogger sekalian untuk kita kongsi bersama.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan