Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.
Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.
Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.
Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.
Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.
"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.
Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.
Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).
Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.
Ia merdeka pada 1922.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan