Dalam takkan sedar dah masuk tahun baru... Alhamdulillah... Allah masih lagi bagi kita peluang untuk menikmati tahun baru... Tengokk.. Betapa sayangnya Allah kepada kita.. Tapi kenapa kita masih tidak nampak kasih sayang Allah terhadap kita??
Semalam kemeriahan di Dataran Merdeka S.Alam dengan sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor ... Sambutan itu dihadiri oleh Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus idola pemuda zaman sekarang.. Dihadiri juga oleh Zizan RajaLawak.. Sambutan Tahun Baru dengan Ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus.. Tak boleh nak digambarkan bagaimana kemeriahan di Dataran Merdeka S.Alam semalam..
9.45 malam : ceramah bermula... hmm..sungguh santai. tapi! yang paling besar penilaian yang boleh dibuat adalah perkongsian ilmu dari ustaz... walaupun 13 soalan aja, nampak soalan yang mudah2+ pelik aja, tapiii... pendekatan ilmu yang Al-fadhil Ustaz Azhar berkongsi itu sangatlah berguna. "Nampak mudah, tapi Jangan permudahkannya".
sangat2 menakjubkan diri ini..
first time dalam sejarah pengetahuan, sambutan tahn baru yg islamik julung kali dilaksanakan..
SubhanaALLAH!
Dalam anggaran 80 000 orang datang sma2 mengisi gelas ilmu yang cetek didada,,
semua lapisan masyarakat datang..dari yang baby sampailah golongan emas.
Semestinya 'set' orang muda teramai sekali!
nampak rockers, tapi muka cool aja bersila hadapan skrin ramai2...
TAHNIAH pimpinan SELANGOR sekarang!
sangat menenangkan jiwa bila tengok orang pakat2 melaungkan kalimah ALLAHU AKHBAR!
bersama2 menasyidkan kalimah asma` ulhusna!
bersama2 menutup 2011 dan membuka menadah tangan menyambut 2012 dengan bacaan doa tahun baru,
SubhanaALLAH!
tenang!
bersama doakan Islam terus berlegar di bumi Malaysia!
-gambar copy dari FB2.. sebab semua ada kat kawan lagi-
video,view youtube yea. sbb line sangat2 kurang suka.
:)
Susah nak digambarkan kemeriahan tersebut.. Apa salahnyakan menyambut kedatangan tahun baru dengan malis2 ilmu?? Tak salahkan.. Mengapa kita harus menyambut kedatangan Tahun Baru dengan bermaksiat kepada Allah?? Mengapa?? Dengan ber'parti', dengan minum araknye, menari macam berokk yang sedang cari makan,berzina last tubik mengandung pastu melahirkan anak luar nikah AllahuRabbi ya ALlah.. Nauzubillahi min zalik...
Perkara inilah yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam takot.. Takot sangat perkara ini berlaku kepada ummatnya.. Tapi tiada ke sedikit rasa dalam diri kita untuk berubah?? Berubah kearah kebaikan.. Berubah menjadi insan yang baik, insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan sebenar-benarnya..Kebiasaannya dalam khutbah dimana2 pon akan menyebut "ITTAKULLAH" bertaqwalah.. Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan didalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadanya..
Kita akan dengar perkataan itu setiap hari jumaat.. Tapi kita buat acuh tak acuh je.. Buat tak tahu jee.. Pak imam bukan sebut saja2 perkataan tu.. Bukan sebut sekadar sebut je.. Tapi untuk bagi peringatan supaya kita teruskan bertaqwa kepada-NYA..
Jenis kitakan manusia.. Bila dengar peringatan sekejap je lekat.. Ade yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Takpelah.. Asalkan kita selalu dengar peringatan.. Jadilah kamu orang yang selalu berada didalm peringatan dan memperingatkan kembali kepada orang lain.. Supaya kita dan mereka tidak lalai daripada orang yang mengingati Allah dan mengingati akan bakalnye datang hari akhir..
Sempena kedatangan tahun baru ini mesti korang ade impian,cita-cita,keazaman dan hasrat baru kan3?? Takpelah..Apa2pon impian korang saya doakan mana2 hasrat,impian2,cita-cita dan keazaman disisi ALLAH itu baik saya doakan moga tercapai yer..Dan hasrat,impian2,cita-cita disisi dan keazaman ALLAH itu buruk saya doakan moga tak berjaya.. Mungkin ade yang tertnya2 apa impian,hasrat dan cita2 admin sempena tahun baru nie kan ?? Impian,hasrat,keazaman dan cita2 admin itu satu jee... Nak tengok ISLAM berjaya..Bukan nak tengok je tapi nak berusaha sedaya upaya admin, dengan tulang empat kerat yang ALLAH bagi kt admin untuk menaikkan balik ISLAM dimuka bumi ALLAH ini..Bukan setakat naik tapi memerintah dunia dan kekal memerintah sampailah kedatangan hari akhir nanti..Mohon doa dan usaha daripada kalian untuk sama2 kita berjuang untuk menaikkan pemerintahan ISLAM dan mengekalkan ISLAM sebagai agama hidup dan mati kita..
Allahurabbi.. Apalah yang aku mengarut nie.. Nak sebut bub tahun baru akan tetapi termasuk bub lain lah pulak.. Takpelah.. Yang mana yang dirasakan elok,betul dan boleh dipakai didalam kehidupan seharian ambiklah.. Dan dirasakan yang buruk itu baik dibuang aja.. Jangan disimpan.. Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri al-faqir ini..Dan jikalau ade yang terasa itu mohon maaf dari admin..
Ingat kawan2,sahabat2 sekelian..Jadikanlah Tahun Baru ini adalah tahun yang terbaik untuk kita, terbaik dari segi ap?? Terbaik dari segi amalan kebajikannya..
Ya ALLAH... Sempena kehadiran Tahun Baru ini Engkau hilangkanlh kejahilan didalam diri kami dan serta hadirkan hidayah dalam diri kami... Moga2 Tahun Baru adalah tahun kemenangan ISLAM diserata dunia terutama dinegara tercinta kami Malaysia..Ya ALLAH..Rahmati dan Berkatilah hidup kami dan kekalkanlah didalam perjuangan untuk menegakkan agama mu yang tercinta dan mengekalkan ISLAM dan pemerintahannya diatas bumi ini sampailah kedatangan hari akhir.....Ameen Ya Robb...
Opss!!Satu lagi nak bagitahu..Admin tak pergipun kt dataran merdeka semasa majlis sambutan tahun baru tuee..sbb admin tak ada kt Malaysia just tengok video jelaa..kbye..Wssalam
GodBye Kejahilan 2011 Welcome Hidayah 2012






Tiada ulasan:
Catat Ulasan