Apabila kerajaan Muammar Gaddafi tumbang, bendera Libya berwarna hijau bertukar kepada yang lama iaitu jalur melintang hitam, merah dan hijau di tengah-tengahnya lambing bulan sabit dengan bintang berbucu lima.
Bendera lama Libya yang kini menjadi lambing baru Negara itu pernah digunakan oleh kerajaan Tripoli pimpinan Al-Maliki Idris sebelm digulingkan oleh Gaddafi..Warna2 dan lambing pada bendera itu adalah simbol2 pemerintahan Islam pada zaman khalifah.Merah merujuk kepada pemerinthan Umayah, hitam adalah Abasiah dan hijau adalah warna umat Islam moden.
Sementara bulan sabit dengan bintang berbucu lima adalah lambing Uthmaniah dan kini digunakan oleh Turki. Lagipun sebelum dijajah Itali, Libya adalah sebahagian daripada pemeritahan Utmaniyah.Hubungan Libya dengan fahaman gerakan Islam berkait rapat dengan kumpulan-kumpulan tarekat Sufi yang mana di Afrika Utara ialah Danjawi.
Gerakan kebangkitan jihad di Libya terkenal melalui sosok Umar Mukhtar melawan penjajahan kuasa Fasis Itali,Benio Mussolini. Dunia mengenali Umar Mukhtar melalui filem Hollywood yang pembikinannya disokong oleh Gaddafi dan direstui pihak Barat, tentunya mahu memburukkan fasisme.
Dalam sejarah dunia Islam, sosok bernama terdapat tiga Umar yang terkenal ialah Sayidina Umar Al-Khattab, Khalifah Umar Al-Aziz dan Umar Mukhtar sendiri. Selepas kekalahan Itali, Libya merdeka dengan kerajaan mewarisi pentadbiran Uthmaniah secara system beraja dengan azam baru Islam.
Bendera Libya ini serupa dengan Afghanistan, cuma susunan jalurnya menegak.Banyak Negara Islam pasca khalifah menubuhkan system berajayang diharap dapat membawa zaman baru pada Islam.
Maka Al-Malik Idris di Libya muncul seperti Al-Malik Fuad di Mesir dan raja-raja baru di Syria dan Iraq.Tetapi pemerintahan mereka menjadi bobrok serta bersekongkol dengan Barat sehingge mendoeong melahirkan penentangan yang muncul dalam bentuk gerakan nasionalisme kiri dan Islam.
Nasionalisme kiri dengan gagasan Pan Arabisme atau Arab Raya di Timur Tengah dipelopor oleh Gamal Nasser di Mesir dan Parti Baath di Syria dan Iraq.
Di Libya, pemimpinnya ialah Gaddafi yang mengulingkan Al-Malik Idris dan berhasrat menggabungkan negaranya dengan Mesir dan Negara-negara Arab lain sebagai Republik Arab Bersatu (UAR). Bendera gerakan ini ialah hitam. putih dan merah seperti yang digunakan di Mesir, Sudan, Syria dan Iraq.
Sifat secular pemerintahan mereka ini mengundang penentangan dari gerakan Islam yang berada di negara-negara Arab yang berbentuk Ikhwanul Muslimin. Gaddafi menekan Ikhwan hingga ke akar umbi. Apabila fahaman nasionalisme kiri Arab itu gagal, dia melancarkan gagasan ideologi baru bernama Buku Hijau menggabungkan sosialisme dan Islam.
Untuk itu, dia mengubah bendera menjadi hijau tanpa sebarang simbol.Perubahan bendera ini berlaku pada tahun 1980 ketika dunia sedang mengalami kebangkitan gerakan Islam yang disemarakkan oleh Revolusi Islam Iran.
KIni gagasan Gaddafi ditolak dan kebangkitan baru-baru ini menggabungkan gerakan demokrasi dan Islam. Maka mereka kembali kepada harapan Umar Mukhtar dahulu..Wallahualam..
Hidup2!! Hidup IsLam!!
HAncur2!! Hancur Kuffar!!
HAncur UMNO_BN!!!
ALLAHUAKHBAR!!!!!!!!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan