Tanah Melayu tidak pernah dijajah tapi hanya dinaungi British !!.. Itulah kenyataan Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Dato’ Dr Zainal Kling..
Mursyidul Am PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, kenyataan itu umpama ‘tidur dalam gua dalam tempoh yang panjang kemudian tersedar dalam keadaan mengigau’. “Barangkali perkara ini berlaku akibat terlalu lama berada didalam usu penjajah” katanya mengulas kenyataan tokoh akademik terbabit yang dipertikai banyak pihak. Sebelum ini Prof Zainal dalam satu kenyataan media menegaskn bahawasanya Tanah Melayu tidak pernah dijajah akan tetapi hanya dinaungi British..
Isu terbabit timbul ekoran Timbalan Presiden PAS, Muhammad Sabu menjulang Mat Indera atau nama sebenarnya Mohamad bin Indera sebagai pejuang kemerdekaanbiarpun sejarah mencatatkn beliau juga terbabit didalam peristiwa serangan keatas Balai Polis Bukit Kepong pada tahun 1950.
‘Juling sejarah’ dakwa tak pernah dijajah. Itulah yang disifatkan oleh Prof Dato’ Dr Mohamad Abu Bakar terhadap kenyataan Majlis Profesor Negara yang kononnya mendakwa Tanah Melayu tidak pernah dijajah akan tetapi hanya dinaungi British seperti yang disifatkan oleh tokoh sejarah dari Universiti Malaya (UM). “Bukan sejarahwan sebenarnya kalau mengeluarkan kenyataan seperti itu. Saya tidak faham mengapa boleh berlaku begini,” katanya yang juga berpengalaman selama 20 tahun sebagai profeser di Universiti Malaya (UM).
‘Profesor kangkong’putar belit sejarah.. Perli Timbalan Parti Keadilan Rakyat (keAdilan), Mohamed Azmin Ali.. Beliau menyelar beberapa sejarahwan yang sanggup menjadi ‘profesor kangkong’ dengan memutar belit kan sejarah bagi menonjolkan umno.. Pakatan Rakyat harus membakul sampah kan buku2 sejarah tulisan ‘profesor kangkong’ ini dan menulis kembali sejarah dengan fakta tepat dan adil, katanya.. Azmin kesal kerana sikap umno yg tergamak memadam dan menipu fakta sejarh hasil ‘pertolongan’ professor kangkong dan menyifatkan perbuatan itu sebagai kerja keji.
______________________________________________________________________________
Diatas sane adalah pembidasan2 terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Kluster Sejarah Warisan dan Sosiobudaya Majlis Profesor Negara Dato’ Dr Zainal Kling.. Kenyataan ini amat memalukan Negara apabila dikatakn Tanah Melayu tidak pernah dijajah tetapi hanya dinaungi British.. Ini bukan kate saya atau pon sape2..ini adalah kenyataan dari MPN sndiri..Tuan Punye Blog (TPB) amat merasa kesal dgn kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Profesor Negara (MPN) yang baru ditubuhkan baru-baru ini.. TPB yg kurang cerdik nie pon tahu bahawasanya Negara kite pernah dijajah..Kalu professor macam dy buleh kluarkan kenyataan kononnya Tanah Melayu tdk pernah dijajah maka cerdik TPB lagi lah dri dy.. Kerajaan ptt tarik blik gelaran ‘profesor’ yg telah diberikan kepada beliau kemudian hadiahkan kepada TPB ini.. Kerna TPB lebih layak terima gelaran ‘Profesor ’ tu dari dy..haha
Kalu ikotkn memang btOllah Malaysia tdk pernah dijajah sbb masa dahulu name Negara kite ialah Tanah Melayu bkn Malaysia… Jadi, yg dijajah nye Tanah Melayu bukn Malaysia.. haha
Sejarah Negara harus dikaji dan diperbetulkan semula kerana banyak fakta2 sejarah telah dimanipulasikn oleh umno dan bersama anak buah nye iaitu be-end.. Umno – Be-end telah memadamkan pengorbanan perjuangan Dr Burhanuddin Al-Helmy dalam menuntut kemerdekaan.. Ahmad Boestamam, Tok Janggut dan ramai pejuang yang telah dipadam dari versi Umno-Be-end..
TPB amat tidak bersetuju atas tuduhan UMgok-Be-end kononnya Mat Indera adalah komunis sedangkan pejuang itu adalah al-hafiz Al-Quran,kuat beragama,tahu hokum hakam dan sebagai nya..
Jadi yang komunis nya ialah Umgok-Be-end dan konco-konco nya kerna memutar belitkan sejarah..
Jadi marilah sama2 kite mem BE-END kan Umno-Bn pada PRU 13 yang bakal menyusul selepas ini.. Kejahatan Umno-Bn sudah jelas dihadapan mata anda semua..Jikalau anda msh mengundi mereka maka bermakna anda dh tak lama nk BE END jgk..k wassalam
..Undi Lah PAS untuk Kesejahteraan Anda..
Jom Pakat2 BE End kn Umno-Bn dan konco2 nya…


Tiada ulasan:
Catat Ulasan