Jumaat, 13 Ogos 2010

.:: Cara-Cara Imam Hassan Al Banna Memulakan Dakwahnya ::.

         Imam Hassan Al Banna tidak hanya mencukupkan dirinya dengan sekadar berteori sahaja, tetapi beliau dan saudara-saudaranya memulakan dakwahnya di lapangan dengan cara :

            1.Membawa mereka ke kedai-kedai kopi, selepas meminta daripada pemiliknya untuk mematikan muzik selama 5 minit dan kemudian memulakan bicaranya...

                  
                 2.Menugaskan kepada salah seorang daripada 6 orang saudaranya untuk mencari berita tentang kematian warga setempat, kemudian selepas solat Isyak mereka semua pergi mengunjungi keluarga yang mendapat musibah untuk menunaikan kewajiban takziyah kepada mereka...

          
            3.Pada malam-malam yang terluang, beliau mengajar saudara-saudara bagaimanakah cara untuk menyampaikan ucapan pada beberapa kesempatan yang terhidang...
                                               
        kite??bagaimanakah cara kite berdakwah??adakah kite tdk sedar bahawa kite adlah dai'e??brg siapa mengucap lailaha illallah..sesungguh nya dye adalah dai'e....sedarlh kite...ingatlah..kite adalah dai'e..laksanakan lh wasiat yg ditiggalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w...tunaikanlah amanh yg diberi oleh Allah s.w.t..

Isnin, 9 Ogos 2010

.:: Harapan Ramadhan ::.

                                                     Artist: Raihan
                                            Song Category: Nasyid
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah

Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan

Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja

Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...

Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua

Khamis, 5 Ogos 2010

.:: Cadangan Benarkan Pelajar Kahwin Awal:Pro Dan Kontra ::.

Cadangan benarkan pelajar kahwin dibidas

Keputusan kerajaan negeri Melaka bagi 'menggalakkan' ibu bapa memberi kebenaran kepada anak-anak mereka berkahwin walaupun masih bersekolah bagi mengekang gejala hamil luar nikah dibidas NGO wanita dan juga ahli politik.

Bagi tujuan berkenaan, semalam Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersetuju memberi kelonggaran bernikah kepada pelajar lelaki bawah umur 18 tahun dan bawah 16 tahun bagi pelajar perempuan.

"Ini mengarut. Kita kembali ke zaman silam, apabila bukti yang mencukupi menunjukkan kita menolak perkahwinan kanak-kanak,” kata Ivy Josiah, dari Pertubuhan Bantuan Wanita kepada Reuters.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, prosedur permohonan bernikah bagi pelajar terbabit masih dikekalkan iaitu perlu dibuat melalui Mahkamah Syariah tetapi kelonggaran diberi untuk memudahkan mereka bernikah jika mendapat persetujuan ibu bapa masing-masing.

"Bagi kerajaan negeri, ini adalah langkah terbaik menangani gejala buang bayi dan kes hamil serta melahirkan anak luar nikah. Adalah lebih baik ibu bapa memberi kebenaran kepada anak mereka yang hendak sangat berkahwin daripada mereka melakukan zina,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Melaka sebelum ini mengumumkan penubuhan sekolah khas bagi pelajar mengandung di Jasin yang akan dibiayai oleh kerajaan negeri.

"Dasar seperti ini tidak sepatutnya dibuat oleh pihak berkuasa agama negeri tetapi seharusnya terletak di tangan menteri persekutuan yang bertanggungjawan terhadap hal ehwal wanita, pendidikan dan kesihatan,” kata Josiah.

Bagi Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil perkahwinan bawah umur adalah “secara moral dan sosial tidak dapat diterima”.

Menurut perangkaan, jumlah wanita hamil luar nikah di Malaysia meningkat kepada 111 bagi empat bulan pertama tahun ini berbanding 107 pada tahun 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkatakKebenaran berkahwin untuk pelajar di bawah umur bukan untuk semua tetapi ditentukan mengikut kesesuaian kes.

Katanya, mahkamah syariah berhak meneliti setiap permohonan berkahwin awal yang diterimanya dan memutuskan sama ada keizinan layak diberi atau tidak.

"Dalam Enakmen Majlis Agama Islam dan peruntukan agama Islam hanya lelaki 18 tahun dan perempuan 16 tahun ke atas dibenarkan kahwin tetapi ada kekecualian yang dibenarkan oleh mahkamah syariah untuk mereka yang di bawah umur.

"Tindakan Majlis Agama Islam Melaka itu ada peruntukan undang-undang jadi undang-undang akan tapis mengikut kes," katanya kepada pemberita, di Putrajaya.

Bagaimanapun, Jamil Khir berkata tindakan itu tidak akan dapat mengatasi masalah tersebut secara keseluruhan tetapi hanya membantu bagi kes-kes tertentu.

Sumber:malaysiakini

.::BIDADARI SYURGA::.

Bidadari merupakan salah satu anugerah Allah kepada seorang lelaki yang memasuki syurga. Bagi seorang wanita yang solehah maka bidadari bagi suaminya adalah dikalangan bidadari2 kurniaan Allah dan dia (isteri solehah merupakan ketua akan segala bidadari-bidadari tsb).

Berjihad pada agama Allah merupakan satu amalan yang menjadi kesukaan Allah swt dan ini merupakan sunnah besar nabi SAW dan kalangan sahabat-sahabat. Setiap manusia yang mati wlaupun berapa umurnya maka akan ditanya dimanakah masa mudanya dihabiskan.
Kisah......

'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari-bidadari yang lain. Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad pada agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia shahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dikalangan bidadari2 syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya sangat muda teringin sangat nak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut.... tetapi dia malu nak bertanyakan kepada nabi kerana malu pada sahabat-sahabat yang lain.

Namun dia tetap beri nama sebagai salah sorang yang akan keluar/pergi. Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah, maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah tadi... tidur bersama-sama. ...

Dalam tidur tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri2 lalu ditanyanya di manakah dia... lalu lelaki itu menjawab inilah syurga. Lalu dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah... lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalan dia... di suatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan begitu... takpernah dilihat didunia ini... lalu diberi salam dan dia bertanya andakah ainul mardhiah... wanita itu menjawab ehh tidakk... saya khadamnya ainul mardhiah ada di dalam singgahsana sana.

Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda dari yang pertama tadi sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai... lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah dia ainul mardiah lalu wanita itu menjawab...eh tidakkk saya hanya khadamnya di dalam mahligai ini...ainul mardiah ada di atas mahligai sana,..... lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu kecantikkannya sungguh mengkagumkan. .. lalu dia sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda catiknya dari yang kedua.... dan tak pernah dia lihat di dunia.... lalu wanita itu berkata... akulah ainul mardhiah, aku diciptakan untk kamu dan kamu diciptakan untk aku.... bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab... nantiii kamu belum syahid lagiiii..... .tersentak itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada satu sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada nabi SAW... tapi sekiranya dia shahid barulah ceritakan kepada nabi.

Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi di dalamnya telah keluar berperang lalu ditakdirkan pemuda tadi telah shahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang shahid tadi telah bangun dan merapati nabi SAW dan menceritakan perihal sahabat nabi yang sahaid tadi... dalam menceritakan itu nabi menjawab benar... benar...benar. .. dalam sepanjang cerita tersebut.

Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga....
subhanallah. .. 


  ~ aku merindui syahid dijalan mu~

Isnin, 2 Ogos 2010

.::KECINTAAN KPD RASULULLAH::.

 sekilas ttg sejarah........

ketika Nabi kesayangan kite ketika ditentang,dicaci maki,dimarahi dn dibenci oleh penduduk2 mekah dilalui nya dgn kesabaran dn kemaafan..berkat dr kesabaran tu caci maki dn kebencian itu bertukar kpd kerinduan dn kasih sayang yg tidak terhingge kpd Rasulullah...

  Sehingga pd suatu hari saidina Bilal bin Rabah diminta oleh saidina Abu Bakar dn saidina Umar Al-khattab utk melaung kn azan sprti mne yg dilaungkn ketika mna yg dilaungkn olehnya semasa menjadi tukang azan Rasulullah tp telah ditolak oleh saidina bilal dgn alsan tak mmpu utk melaungknnya..tp ketika diminta oleh saidina hassan dn hussin, saidina tdk lg mmpu utk menolak permintaan tu..kerna yg meminta itu adalh cucu kpd kekasih yg amat dicintai...apabila dilaungkn penduduk mekah tertanya2 adakah Rasulullah kembali lg???adakah Rasulullah kembali lg??smuanya bertempik kegembiraan kerna org yg terlalu disayangi kembali lg..mcm kita..adakah kita sedih apabila org tersayang kembali ke pangkuan kita??menurut saya mstilh smuanya gembira tak terhingga..begitu juga dgn penduduk2 mekah mase tu..smua nya terlalu gembira..smuanya keluar dr rumah dn menuju kearah msjid nabawi tmpt saidina bilal melaungkn azan..

 Dimasjid itu pula saidina bilal tdk dpt menghabiskn azan tersebut kerna terlalu sebak..lalu saidina bilal turun dr tmpt yg dilaungkn azan...begitulh kecintaan org zaman dhulu kpd saidina Muhammad s.a.w...tp kite skrg adakah mcm tu??adakah kita juge mcm tuuuuuuuuu??saye ada satu soaln kpd pembaca blog nie dn juga diri ini...setakat mane cinta kamu kpd saidina Muhammad???sejauh mne kerinduan kalian kpd saidina Muhammad???pikir2khlh...
                                                              ~renung2knlh~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...