Selasa, 24 Januari 2012

InfoMesir : Benarnya Janji ALLAH S.W.T

Benarkan sahabat-sahabt. Janji ALLAH pasti berlaku. Islam akan menang. Begitulah juga dibumi yang penuh barakah ini, Parti Islam Ikhwan Muslimin telah berjaya menerajui Mesir. Tahniah kepada IM. Selepas kemenangan  Parti Islam An-Nahdhah  di Turnisia, disusuli oleh Parti Islam PJD di Morocco dan kini kemenangan Parti Islam Ikhwan Muslimin di  Mesir.    Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) menguasai sebanyak 235 kerusi parlimen atau 47.2%. Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) sebenarnya adalah sayap kanan Ikhwan Muslimin.

Kemenangan parti Islam di Mesir sudah pasti akan membawa lembaran & wajah baru buat bumi barakah ini. Setelah disiksa, dinafikan hak kebebasan dan dipenjara akhirnya kemenangan milik Allah pasti diberi tanpa disangka-sangka dengan usaha dan perjuang yang jitu dan ikhlas.

* Gambar : Suasana ketika mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen Mesir semalam (23 Januari 2012)

Berkat perjuangan mereka tidak kira siang dan malam berkampung di Medan Tahrir, bertempur dengan pasukan polis, melaungkan dan mengangkat sepanduk supaya dibebaskan negeri mereka daripadapenjajahan sekuler dan dilaksanakan hukum2 Islam dibumi yang penuh Barakah ini akhirnya impian,hasrat dan cita-cita mereka yang berjuang menuntut keadilan tidak dipersia-siakan oleh ALLAH s.w.t.

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.(surah al-a'raf)

Semoga dengan kenaikan Parti Islam Ikhwan Muslimin di Mesir ini mampu membawa rakyat dan penghuni2 bumi yang penuh barakah ini kejalan yang diredhoi ALLAH s.w.t dan mampu melaksanakan Islam di bumi ini...

Dan sebelum terlupa nak tnya sket.. Sahabat-sahabat dan pemuda2 di Malaysia bersediakah kalian untuk menumbangkan kerajaan zalim rejim zionis umno/bn didalam PRU Ke-13 nanti???

Sebenarnya, telah menjadi kewajipan anak2 muda khususnya dan rakyat Malaysia amnya untuk menumbangkan rejim zionis umno/bn.. Kerana mereka tidak pernah sama sekali berfikir untuk melaksanakan hukum Islam dibumi Malaysia.. Akan tetapi disebabkan sikap mereka itu Islam hampir2 terhakis daripada hati dan diri rakyat2 Malaysia.. So.. Bangunlah.. Dan berjuanglah demi ISLAM..

Sekali lagi tahniah Ikhwan Muslimin kerna anda telah menerajui Mesir.. Bawa lah isi2 didalm bumi Mesir ini kegerbang pintu keredhoan dan pintu syurga ALLAH s.w.t...

Isnin, 23 Januari 2012

Gambar Rumah Nabi Muhammad SAW

Sosok manusia paling mulia dan paling berpengaruh sepanjang zaman tampil hidup di tengah-tengah masyarakat negeri Arab ketika itu dengan penuh kesederhanaan. Sosok yang berakhlak mulia dan tidak pernah letih membimbing umatnya ini hidup bersama isteri tercintanya Khadijah r.ha di rumah yang sederhana.

undefined
Ini adalah foto Rumah Nabi Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha, tempat mereka berdua tinggal selama 28 tahun.
undefinedDi atas ini gambar sisa runtuhan rumah Nabi Saw & Sayyidah Khadijah r.ha yang dilihat lebih dekat.
undefinedGambar di atas ini adalah runtuhan pintu masuk ke kamar Rasul Saw di rumah Sayyidah Khadijah r.ha
undefinedDi atas ini adalah Gambar runtuhan tempat Sayyidah Fatimah r.ha, puteri kesayangan Rasulullah Saw dilahirkan.
Gambar di atas adalah sisa runtuhan kamar Rasul Saw dan Sayyidah Khadijah r.ha
Di atas ini adalah gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.
undefinedGambar di atas ini adalah makam Sayyidah Khadijah r.ha (yang besar) dan puteranya, Qasim (yang kecil) di sudut. Wallahua'lam

Rabu, 4 Januari 2012

Ustaz Azhar Digeruni BTN


Assalamualaikum,,..


Seorang sahabat dari BTN pernah memberitahu Ustaz Azhar sekarang ini digeruni oleh UMNO kerana pengaruhnya yang semakin merebak ke seluruh negara. Ustaz Azhar dilihat oleh UMNO mampu menyebabkan mereka tewas PRU 13 nanti.Kalau sebelum ini nama ustaz Azhar tidak begitu dihiraukan tetapi muktakhir ini, Ustaz Azhar sudah mula menjadi target pencacai UMNO dan turut mendapat perhatian ulamak muda UMNO.Perkembangan baru ini mengesahkan maklumat dari BTN tersebut dan perkara ini mungkin memberikan satu tekanan kepada BTN untuk mengolah serang balas terhadap Ustaz Azhar yang nampaknya tidak memberi peluang kepada mereka untuk berbuat demikian.


Ustaz Azhar sejak tersingkir dari masjid Ladang sehingga kini tetap istiqamah dengan penyampaian bersandarkan nas nas dari alquran, al hadis dan ulamak muktabar.Perkara ini menyukarkan pemikir pemikir UMNO untuk menyerangnya sehinggalah mereka mendapat peluang pada sudut ijtihad mengenai zakat yang khilaf.Peluang ini digunakan oleh ulamak muda mereka untuk menyatakan kesilapan ustaz Azhar tetapi tidak seorangpyn yang berani membantah kata kata Ustaz Azhar mengenai kemungkaran yang tidak dicegah dalam negara, tidak seorangpun sanggup menyanggah ulasan Ustaz Azhar mengenai negara yang tidak berada di bawah payung ulamak.



Begitu juga seorang blogger pencacai UMNO yang menyifatkan Ustaz Azhar sebagai agen iblis kerana muncul di sambutan tahun baru sambil bermain gitar bersama Zizan raja Lawak.Dibawanya sebuah hadis yang kononnya mengharamkan alat muzik sebagai hujah.Apa yang boleh dilihat, UMNO mula panik dengan Ustaz Azhar walaupun sebelum ini mereka lebih leka dengan DSAI.


Ustaz Azhar turut memberi tekanan kepada UMNO kerana kelebihan yang ALLAH berikan kepada beliau, mampu menarik ramai golongan muda termasuk awang awang rempit, mampu menarik perhatian ahli ahli UMNO juga di mana dewasa ini semakin ramai ahli UMNO tertarik dengan pengajaran Ustaz Azhar terutama kemampuan Ustaz Azhar menjawab semua soalan secara spotan tanpa sedikitpun lari dari nas nas yang benar.

Kalau di Terengganu, Ustaz Azhar sepatutnya dibenci oleh ahli UMNO kerana secara konsistan mengenakan JKK dalam kuliahnya,istilah Jin Kucau Kampung menjadi popular kerana Ustaz Azhar, tetapi apa yang berlaku ialah tidak semua JKK yang sering dikutuk Ustaz Azhar(kerana perlakuan mungkar mereka) marahkan Ustaz Azhar sebaliknya tetap setia menjadi pendengar kuliah Ustaz Azhar.Malah di setengah tempat, yang menjadi penganjur ceramah Ustaz Azhar ialah JKK sehingga hari ini.



Inilah antara yang tidak disenangi oleh beberapa pemimpin UMNO(terutama mereka yang bercita cita nak jadi calon).Fenomena yang bermula di Terengganu ini sudah menular ke negeri negeri lain, terutama Pahang, Johor, Perak dan Selangor.Ustaz Azhar kini sudah menjelajah di kesemua negeri negeri ini dan di semua tempat, kuliah Ustaz Azhar pasti mendapat sambutan. Walaupun loghat Ustaz Azhar ialah loghat Terengganu, tetapi yang menakjubkan ialah kesemua yang hadir mendengar faham apa yang disampaikan sehingga Ustaz Azhar digelar duta Terengganu kerana mempopularkan loghat Terengganu di mana jua dia berkuliah.


UMNO semakin gerun apabila di malam tahun baru, Ustaz Azhar muncul sebagai selebriti bersama Zizan Zaja Lawak.Dua personel dari Terengganu(tak silap dari kampung yang sama) menggegarkan Shah Alam pada satu acara yang menjadi fenomena kepada sambutan tahun baru negara.Kemunculan Zizan agak memeranjatkan tetapi ketika Zizan dihentam kerana satu lirik filim lakonannya, satu satu orang yang dirujuknya ialah Ustaz Azhar, jadi tidaklah menghairankan kalau Zizan juga turut menyedari usaha ikhlas ustaz Azhar dan ingin turut serta(kita mengharapkan Zizan akan istiqamah selepas ini).


UMNO pasti akan mengelabah dengan Ustaz Azhar selepas ini dan jangan terkejut kalau Ustaz Azhar akan cuba disekat dan kalau ada ulamak muda UMNO muncul berlagak pandai dengan rujukan kepada Nasruddin Albani untuk menyanggah Ustaz Azhar.


BTN sudah mengesahkan ketakutan UMNO kepada Ustaz Azhar!Yang paling digeruni ialah keupayaan Ustaz Azhar yang boleh mengalihkan undi BN kepada PR menjangkaui sokongan kepada mana mana parti.

Siap sedialah untuk hancur Umno/Bn..................

Ahad, 1 Januari 2012

GodBye Kejahilan 2011 Welcome Hidayah 2012


      Dalam takkan sedar dah masuk tahun baru... Alhamdulillah... Allah masih lagi bagi kita peluang untuk menikmati tahun baru... Tengokk.. Betapa sayangnya Allah kepada kita.. Tapi kenapa kita masih tidak nampak kasih sayang Allah terhadap kita??


                   Semalam kemeriahan di Dataran Merdeka S.Alam dengan sambutan Tahun Baru yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Selangor ... Sambutan itu dihadiri oleh Yang Berbahagia Ustaz Azhar Idrus idola pemuda zaman sekarang.. Dihadiri juga oleh Zizan RajaLawak.. Sambutan Tahun Baru dengan Ilmu yang dikongsikan oleh Ustaz Azhar Idrus.. Tak boleh nak digambarkan bagaimana kemeriahan di Dataran Merdeka S.Alam semalam..



9.45 malam : ceramah bermula... hmm..sungguh santai. tapi! yang paling besar penilaian yang boleh dibuat adalah perkongsian ilmu dari ustaz... walaupun 13 soalan aja, nampak soalan yang mudah2+ pelik aja, tapiii... pendekatan ilmu yang Al-fadhil Ustaz Azhar berkongsi itu sangatlah berguna. "Nampak mudah, tapi Jangan permudahkannya". 





sangat2 menakjubkan diri ini..
first time dalam sejarah pengetahuan, sambutan tahn baru yg islamik julung kali dilaksanakan..



                                           SubhanaALLAH!



Dalam anggaran 80 000 orang datang sma2 mengisi gelas ilmu yang cetek didada,,
semua lapisan masyarakat datang..dari yang baby sampailah golongan emas.
                                           
                                    Semestinya 'set' orang muda teramai sekali!
            nampak rockers, tapi muka cool aja bersila hadapan skrin ramai2...



TAHNIAH pimpinan SELANGOR sekarang!
sangat menenangkan jiwa bila tengok orang pakat2 melaungkan kalimah ALLAHU AKHBAR!
bersama2 menasyidkan kalimah asma` ulhusna!
bersama2 menutup 2011 dan membuka menadah tangan menyambut 2012 dengan bacaan doa tahun baru,
SubhanaALLAH!
tenang!
bersama doakan Islam terus berlegar di bumi Malaysia!
-gambar copy dari FB2.. sebab semua ada kat kawan lagi-
video,view youtube yea. sbb line sangat2 kurang suka.
:)


Susah nak digambarkan kemeriahan tersebut.. Apa salahnyakan menyambut kedatangan tahun baru dengan malis2 ilmu?? Tak salahkan.. Mengapa kita harus menyambut kedatangan Tahun Baru dengan bermaksiat kepada Allah?? Mengapa?? Dengan ber'parti', dengan minum araknye, menari macam berokk yang sedang cari makan,berzina last tubik mengandung pastu melahirkan anak luar nikah AllahuRabbi ya ALlah.. Nauzubillahi min zalik...


Perkara inilah yang Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam takot.. Takot sangat perkara ini berlaku kepada ummatnya.. Tapi tiada ke sedikit rasa dalam diri kita untuk berubah?? Berubah kearah kebaikan.. Berubah menjadi insan yang baik, insan yang beriman dan bertaqwa kepada Allah Subhanahu Wa Taala dengan sebenar-benarnya..Kebiasaannya dalam khutbah dimana2 pon akan menyebut "ITTAKULLAH" bertaqwalah.. Bertaqwalah kamu dengan sebenar-benar taqwa dan janganlah kamu mati melainkan didalam keadaan beriman dan bertaqwa kepadanya..


Kita akan dengar perkataan itu setiap hari jumaat.. Tapi kita buat acuh tak acuh je.. Buat tak tahu jee.. Pak imam bukan sebut saja2 perkataan tu.. Bukan sebut sekadar sebut je.. Tapi untuk bagi peringatan supaya kita teruskan bertaqwa kepada-NYA..


Jenis kitakan manusia.. Bila dengar peringatan sekejap je lekat.. Ade yang masuk telinga kanan keluar telinga kiri.. Takpelah.. Asalkan kita selalu dengar peringatan.. Jadilah kamu orang yang selalu berada didalm peringatan dan memperingatkan kembali kepada orang lain.. Supaya kita dan mereka tidak lalai daripada orang yang mengingati Allah dan mengingati akan bakalnye datang hari akhir..


Sempena kedatangan tahun baru ini mesti korang ade impian,cita-cita,keazaman dan hasrat baru kan3?? Takpelah..Apa2pon impian korang saya doakan mana2 hasrat,impian2,cita-cita dan keazaman disisi ALLAH itu baik saya doakan moga tercapai yer..Dan   hasrat,impian2,cita-cita disisi dan keazaman ALLAH itu buruk saya doakan moga tak berjaya.. Mungkin ade yang tertnya2 apa impian,hasrat dan cita2 admin sempena tahun baru nie kan ?? Impian,hasrat,keazaman dan cita2 admin itu satu jee... Nak tengok ISLAM berjaya..Bukan nak tengok je tapi nak berusaha sedaya upaya admin, dengan tulang empat kerat yang ALLAH bagi kt admin untuk menaikkan balik ISLAM dimuka bumi ALLAH ini..Bukan setakat naik tapi memerintah dunia dan kekal memerintah sampailah kedatangan hari akhir nanti..Mohon doa dan usaha daripada kalian untuk sama2 kita berjuang untuk menaikkan pemerintahan ISLAM dan mengekalkan ISLAM sebagai agama hidup dan mati kita..


Allahurabbi.. Apalah yang aku mengarut nie.. Nak sebut bub tahun baru akan tetapi termasuk bub lain lah pulak.. Takpelah.. Yang mana yang dirasakan elok,betul dan boleh dipakai didalam kehidupan seharian ambiklah.. Dan dirasakan yang buruk itu baik dibuang aja.. Jangan disimpan.. Yang baik itu datang dari ALLAH dan yang buruk itu datang dari diri al-faqir ini..Dan jikalau ade yang terasa itu mohon maaf dari admin..


Ingat kawan2,sahabat2 sekelian..Jadikanlah Tahun Baru ini adalah tahun yang terbaik untuk kita, terbaik dari segi ap?? Terbaik dari segi amalan kebajikannya..


Ya ALLAH... Sempena kehadiran Tahun Baru ini Engkau hilangkanlh kejahilan didalam diri kami dan serta hadirkan hidayah dalam diri kami... Moga2 Tahun Baru adalah tahun kemenangan ISLAM diserata dunia terutama dinegara tercinta kami Malaysia..Ya ALLAH..Rahmati dan Berkatilah hidup kami dan kekalkanlah didalam perjuangan untuk menegakkan agama mu yang tercinta dan mengekalkan ISLAM dan pemerintahannya diatas bumi ini sampailah kedatangan hari akhir.....Ameen Ya Robb...


Opss!!Satu lagi nak bagitahu..Admin tak pergipun kt dataran merdeka semasa majlis sambutan tahun baru tuee..sbb admin tak ada kt Malaysia just tengok video jelaa..kbye..Wssalam


GodBye Kejahilan 2011 Welcome Hidayah 2012
                                         
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...