Selasa, 29 November 2011

InfoMesir : Kerajaan Baru Akan Diumumkan Khamis Nanti- PM


" Kerajaan baru mungkin akan diumumkan pada Khamis," kata Perdana Menteri, Kamal Al-Ganzouri, yang ditugaskan untuk membentuk kerajaan negara keselamatan yang baru. Beliau turut menyatakan masih belum menemui mana-mana calon.

Kamal Al-Ganzouri telah bertemu Hussien Tantawi, Presiden Majlis Tertinggi Tentera(SCAF), pada Isnin untuk membincangkan pembentukan majlis penasihat bagi membantu Majlis Tertinggi Angkatan Tentera semasa dalam tempoh peralihan.

Beliau berkata keutamaan kerajaan baru adalah untuk mewujudkan 500,000 peluang pekerjaan baru. Peluang pekerjaan ini diwujudkan supaya dapat mengimbangi keadilan sosial dalam menghadapi harga pasaran yang melambung tinggi.

Kamal Al-Ganzouri juga bertemu dengan wakil-wakil dan gerakan-gerakan politik daripada pelbagai pihak untuk membincangkan cara-cara mengatasi krisis politik semasa negara.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum

Dicopy di : We Care 4 Islam

Isnin, 28 November 2011

InfoMesir : Tidak Mengundi Adalah Berdosa-Ahmad Toyyib,Syeikhul Al-Azhar As-Syarif


Syeikh Al-Azhar Ahmad Tayyeb telah menggesa rakyat Mesir untuk turun mengundi dalam pilihan raya parlimen fasa pertama yang bermula hari ini. Beliau memberi amaran pada mereka yang gagal untuk hadir dalam sesi pemilihan ini adalah "orang-orang yang berdosa."

Dalam satu mesyuarat di pejabat beliau bersama Syeikh Yusuf Al-Qaradawi, Pengerusi Kesatuan Ulama' Islam Antarabangsa, beliau menegaskan bahawa rakyat perlu mengundi untuk wakil-wakil mereka dalam rangka untuk membangunkan negara bagi mengatasi krisis yang melanda sekarang.

Syeikh Yusuf Al-Qaradawi berkata, penyertaan dalam pilihan raya telah menjadi satu kewajipan agama berdasarkan realiti keadaan semasa. Beliau turut memberi amaran kepada rakyat untuk turun mengundi dan meminta mereka untuk menyokong calon-calon yang terbaik.

Beliau juga menyeru pada penunjuk perasaan untuk turut hadir mengundi dan kembali membantah selepas proses pengundian tamat.

DISEDIAKAN OLEH: JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011

Sumber diolah: Al-Masry Al-Yaum
Dicopy di : We Care 4 ISLAM

IsuKehormatan:Seksanya Lelaki Melihat Buah Dada Wanita


Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la.
 

Cuba bayangkan. Ada satu lelaki ni, dia duduk dalam bas sebelah seorang perempuan bertudung. Perempuan ni cantik. Dia pakai baju lengan panjang dan tutup aurat tapi sayang baju dia ketat. Walau pun bertudung tapi sayang tudung dia tak tutup dada. Oleh sebab baju dia tu ketat, maka tersembul la dua bentuk yang menonjol di dada perempuan itu.


Si lelaki ini, masa first dia duduk di sebelah perempuan tu dia still dapat control lagi. Tapi bila dia ternampak dada perempuan yang montok itu secara tidak sengaja, bayangan dada perempuan itu terus melekat di dalam kepala. Lelaki tu berusaha menundukkan kepalanya supaya dia tidak ternampak lagi dada perempuan itu, tapi sayang bayangan itu telah menjelma di dalam kepala.


Lelaki tu tutup matanya, tapi syaitan masih lagi buat dajal dalam fikirannya. Syaitan cakap dekat lelaki tu. "Kau bayangkan kalau dada perempuan yang kau nampak dalam fikiran kau ni dah besar, macam mana pulak kalau kau tengok real kan?" Puas lelaki itu melawan godaan syaitan. Tapi nafsu datang membantu syaitan tu. Akhirnya lelaki tu tumpas.


Lelaki tu buka mata dia, dan dia toleh ke arah perempuan tu sekejap. Perempuan tu tak sedar dia diperhatikan, lalu lelaki tu pun tengok la ke arah dada perempuan yang montok itu puas-puas. Tiba-tiba, perempuan tu pusing ke arah lelaki itu dan ternampak yang renungannya lain macam je. Bila dia nampak arah pandangan lelaki tu, perempuan tersebut terus marah.


"Bodoh! Lelaki gatal! Mata keranjang!" Perempuan itu menyumpah-nyumpah lelaki tersebut. Kesian, lelaki itu dipersalahkan. Perempuan sering marah bila ada lelaki memandang mereka dengan muka yang bernafsu seperti seorang perogol yang tengah menunggu mangsanya. Kononnya lelaki semuanya bernafsu buaya. Tapi perempuan tak pernah fikir ke apa sebabnya lelaki jadi macam tu?


Pernah tak lelaki jadi begitu bernafsu apabila melihat seorang perempuan yang memakai tudung yang besar dan menutup dada mereka? Pernah tak lelaki bernafsu melihat perempuan yang baju mereka agak longgar seperti jubah? Okey, yang itu jawab sendiri. Now, aku nak korang bayangkan situasi ni pulak.


Ada seorang lelaki, di sebelah dia ada seorang perempuan yang bertudung agak besar dan seorang lagi perempuan bertudung tetapi masih nampak dadanya. Kedua-dua perempuan tersebut sangat cantik. Adalah menjadi fitrah seorang lelaki memuji perempuan yang cantik wajahnya. Tetapi apabila lelaki itu terlihat bentuk buah dada milik perempuan yang bertudung tapi masih nampak dada tu, nafsunya naik dengan mendadak.


You see the difference? This is reality. Ramai aku tengok perempuan zaman sekarang pakai tudung macam tu. Bukan aku nak kondem perempuan-perempuan tu semua. Tapi aku nak minta satu je. Please, for the sake of other men out there. Pakai la tudung yang besar sikit. At least, tutup dada pun kira okey la. Aku bercakap berdasarkan pengalaman aku sendiri. Aku sendiri kalau dah ternampak buah dada perempuan yang montok, terus terang aku cakap aku memang akan terbayang gila-gila punya.


Aku tau, lelaki patut menundukkan pandangan mereka dan mengelak daripada melihat benda-benda yang tak elok seperti yang telah termaktub dalam surah An-Nuur ayat 30 ni:


Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka MENAHAN PANDANGANNYA, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."


Tetapi, tanggungjawab itu bukan ke atas lelaki saja. Perempuan jugak mempunyai tanggungjawab mereka seperti yang tertulis dalam surah An-Nuur ayat 31 ni:


Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. Dan hendaklah mereka MENUTUPKAN KAIN KUDUNG KE DADANYA, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung."


You see that? Maafkan aku sekiranya bahasa yang aku gunakan di sini agak kasar sedikit. Mungkin ada perempuan yang terguris hati bila aku tulis pasal benda ni. Tapi aku buat ni untuk kebaikan bersama jugak. Jangan salahkan lelaki saja bila mereka melihat perempuan ini seperti satu simbol seks. Memang lelaki nampak bersalah, tapi kalau puncanya jugak disebabkan oleh perempuan, maka kedua-dua pihak adalah bersalah.


Aku harap, selepas ini perempuan-perempuan yang di luar sana especially yang pakai tudung kecik dan masih menampakkan dada tu, silalah berubah. Apa salahnya memakai tudung yang besar kan? Kalau korang rasa sukar untuk berubah, cuba tanya soalan ni dekat diri sendiri. Adakah korang sanggup bila lelaki selalu melihat buah dada korang dan menganggap korang sebagai simbol seks atau pun korang lebih memilih untuk memakai tudung yang besar dan lelaki melihat korang dengan penuh kehormatan.

Sumber : Wira Manir

Ahad, 27 November 2011

InfoHijrah: ‘Menegarakan Islam, Mengislamkan Negara’


(Artikel ini adalah hasil tulisan Ustaz Nik Muhammad Nasri Nik Malek, Pengerusi Lajnah Penerbitan dan Penyelidikan Dewan Ulamak PAS Negeri Terengganu )

A.Muqaddimah:
‘Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasul, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul..’
Ketika Khalifah Saidina Umar al-Khattab mengira-ngira untuk membuat satu tanda jelas bagi orang Islam tentang kalendar, banyak peristiwa penting yang boleh dijadikan batutanda itu. Peristiwa kelahiran Nabi SAW, Isra’ Mikraj, Hijrah, pelbagai peperangan yang berlaku sepanjang sejarah semuanya penting. Namun dari semua peristiwa penting itu, akhirnya Umar al-Khattab memilih peristiwa hijrah. Mengapa hijrah? Tentunya ada perkara istimewa dan kelainan berbanding dengan peristiwa-peristiwa lain.
Sebelum hijrah, Nabi SAW adalah Nabi. Demikian juga selepas hijrah. Tetapi selepas hijrah, Nabi bukan sahaja kekal sebagai Nabi, pangkat yang diberi oleh Allah tetapi juga menjadi ketua sebuah negara. Walaupun Madinah kecil sahaja di waktu itu-kecil dari segi geografi, kecil dari segi bilangan penduduk dan kecil dari segi kuasa berbanding kuasa-kuasa besar yang sudah sedia ada ketika itu-Parsi dan Rom, namun Madinah menepati ciri-ciri sebuah negara menurut sains politiknya. Ada tanah dan bumi, ada pemimpin, ada rakyat, ada perlembagaan dan ciri-ciri lain.
Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza dari segi uslub dan perintah-perintahnya.  Justru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar dari hijrah ini tercapai.
B.Latarbelakang Hijrah:
1.Nabi menyeru kepada Islam
Semenjak berada di Mekah. wahyu sudah mulai turun. Muhammad telah diangkat dan dilantik menjadi Nabi dan Rasul. Bermula dari seorang diri, Baginda mula menyebarkan Islam di kalangan keluarganya yang hampir, sahabat yang rapat dengannya agar mudah diterima. Ia berkembang sedikit demi sedikit. Begitu juga dari segi uslub dakwah, dari sembunyi hinggalah terang-terangan.
2.Para Sahabat ditindas, dizalimi hanya kerana menyatakan ‘Kami beriman kepada Allah’
Dengan sebab dakwah yang mula diterima dari kalangan penduduk Mekah, respon yang diberi oleh pembesar Quraisy adalah sangat keras. Para Sahabat ditindas, disiksa, ditekan dan diperlakukan pelbagai kezaliman. Contoh-contohnya cukup banyak. Cukup bagi kita melihat seperti Bilal bin Rabah yang disiksa begitu rupa dengan sebab hanya beriman kepada Allah, begitu juga Ammar bin Yasir dan lain-lain.
3.Diizin berhijrah ke Habsyah
Kezaliman dan penindasan yang dahsyat menyebabkan para Sahabat dibenarkan berhijrah ke Habsyah buat sementara waktu, sehingga tempoh untuk kembali ke Mekah selepas suasana yang sedikit mengizinkan. Bumi Habsyah hanya transit sementara, untuk perlindungan, bukan bumi sebenar menegakkan Islam dalam bentuk negara. Suasana dakwah di Mekah berlangsung sedemikian rupa selama 13 tahun. Yang didengar oleh telinga para Sahabat hanyalah ‘sabar, sabar’ hingga Allah menentukan masa dan ketika yang sesuai untuk ditegakkan Islam itu dalam bentuk pemerintahan negara.
4.Pemimpin Quraisy bersidang dan ambil keputusan di Darul Nadwah
Sampai waktunya Nabi memberi khabar gembira kepada para Sahabat:. Nabi bersabda, maksudnya: ‘Aku diberitahu tempat hijrah kamu iaitu Yathrib. Sesiapa yang mahu keluar, maka keluarlah ke sana.’ Para Sahabat mula mengatur langkah menuju Yathrib. Ia berlaku selepas Baiah Aqabah 1 dan 2 di antara Nabi SAW dan penduduk Yathrib yang datang mengerjakan haji. Nabi SAW menawarkan Islam kepada mereka sehingga kemudiannya berlaku Baiah Aqabah 1dan 2 itu dalam musim-musim haji. Melihat kepada perkembangan Islam yang sudah berlaku outreach di Yathrib, iaitu pengaruh yang sudah berkembang hingga ke luar Mekah, maka para pemimpin Quraisy bermesyuarat di Darul Nadwah mahu mengambil keputusan apa yang sepatutnya dibuat terhadap Nabi SAW. Dari cadangan-cadangan yang diberi, akhirnya keputusan yang dicapai ialah Nabi Muhammad SAW, Al-Amin itu mesti dibunuh. Inilah kemuncak kepada sebuah perjuangan hingga melibatkan risiko nyawa melayang.
Dengan demikian, Nabi SAW berhijrah bersama Saidina Abu Bakar as-Siddiq ra sehingga akhirnya tiba ke Yathrib di awal bulan Rabi al-Awwal Tahun pertama Hijrah.
Dalam hijrah ini pelbagai pengajaran yang kita boleh petik. Saya rumuskan melalui 5P seperti berikut:
C.Iktibar (5P):
1.Penuh strategi:
Nabi SAW membuat persediaan mencari tapak sesuai sebelum berhijrah. Yathrib bukan sahaja tapaknya sesuai bahkan penduduknya juga sudah bersedia menerima dan mempertahankan Baginda SAW. sebagai tapak tegaknya Islam. Untuk itu Baiah Aqabah 1dan Baiah Aqabah 2 menjadi tahap penting dalam dakwah Nabi. Bagi merealisasikan Baiah Aqabah supaya berjaya dan tidak bocor, penduduk Yathrib mengerjakan haji seperti orang lain di musim haji, tetapi bangun di tengah malam di Mina ketika semua yang lain masih tidur untuk berbaiah dengan Baginda SAW.
Selepas Nabi mendapat tahu tentang perancangan Quraisy mahu membunuhnya, Baginda SAW pergi ke rumah Abu Bakar di waktu tengahari dan selepas menerima perintah Allah untuk berhijrah. Waktu tengahari dipilih kerana ketika itu masing-masing sedang berihat di rumah agar perancangan Baginda tidak disedari.
Begitu juga perancangan yang dibuat oleh Saidina Abu Bakar selepas Nabi menyampaikan berita untuk berhijrah itu. Dikaderkan anak-anaknya untuk Islam. Asma menyediakan makanan, Abdullah ditugaskan mendengar khabar di pasar lalu membawa khabar berita itu kepada Nabi di Gua Thur nanti, Amir bin Fuhairah ditugaskan membawa kambing ke Gua Thur untuk didapatkan susunya dan dihilangkan kesan tapak kaki.
Sebagai usaha melambat-lambatkan dan mengelirukan pemuda Quraisy, Nabi SAW meminta Saidina Ali menggantikan Baginda di tempat tidur.
Nabi sendiri tinggal di Gua Thur selama 3 hari bersama Abu Bakar bagi memastikan misi ke Yathrib selamat. Nabi juga melalui jalan yang tidak biasa dilalui ke Yathrib agar perjalanan tidak dikesan musuh.
Semua ini menggambarkan kepada kita betapa strategi dalam menegakkan Islam itu mesti diberikan keutamaan. Bahkan secara umum, ia memberi panduan kepada semua bentuk pengurusan agar perancangan berstrategi itu diambil perhatian. Buatlah Plan A atau Plan B, usaha dan ikhtiar dari manusia, namun tawakkal dan pergantungan mesti tekad kepada Allah.
2.Pengorbanan:
Apa yang diberi oleh para Sahabat selama di Mekah hingga bersedia berhijrah ke Yathrib ialah kerana mereka mengutamakan Islam, kehendak Allah yang mendahului kehendak diri dan peribadi. Pengorbanan para Sahabat sepanjang tempoh dakwah di Mekah bukan calang-calang. Dalam persitiwa hijrah, para sahabat bersedia meninggalkan rumahtangga, kampung halaman, harta benda kerana semata-mata menyelamatkan Islam. Kalau Islam selamat, yang lain selamat. Kalau yang lain selamat, belum tentu Islam selamat.
Pengorbanan dari Abu Bakar sepanjang peristiwa hijrah juga menjadi contoh hebat. Memasuki Gua Thur terlebih dahulu bagi memastikan keadaan selamat buat Nabi SAW, sanggup kakinya ditahan kesakitan akibat bisa binatang kerana tidak mahu mengganggu Nabi yang baring diribanya. Begitu juga Ali bin Abi Talib yang mengambil risiko besar menggantikan Nabi SAW di tempat tidur. Nyawa menjadi pertaruhan untuk sebuah perjuangan.
3.Persaudaraan:
Bagu menegakkan pemerintahan Islam, faktor-faktor yang membantu ke arah perkara itu mesti dilakukan. Tidak mungkin Islam boleh ditegakkan jika mereka yang menegakkan Islam itu bersengketa. Tindakan Nabi SAW mempersaudarakan Aus dan Khazraj menjadi golongan Ansar adalah tindakan bijak seorang pemimpin. Aus dan Khazraj yang berperang sesama sendiri begitu lama akhirnya menjadi seperti saudara karib. Bukan mudah menyatukan mereka yang sudah berperang begitu lama. Tali persaudaraan bukannya atas dasar Arab tetapi islam. Nasionalisme sempit tiada dalam kamus Islam. Bentuk persaudaran diluaskan hingga Muhajirin dan Ansar juga dipersaudarakan. Bentuk persaudaraan ini diakui Islam sehingga di peringkat awalnya masing-masing boleh mewarisi dari saudara seislamnya yang lain hingga dibatalkan hukum itu.
4.Positif dan pro-aktif:
Sikap umat Islam mesti positif dan pro-aktif. Ia ditunjuk oleh Nabi SAW dalam persitiwa hijrah ini. Apabila mengetahui orang Musyrikin mahu membunuhnya, terus Baginda bertindak menemui Abu Bakar dan menyiapkan perkara yang sepatutnya.
Nabi SAW sentiasa memandang masa depan Islam yang cemerlang. Dalam apa suasana sekalipun, Baginda tetap optimis dan positif terhadap Islam. Inilah sifat seorang pemimpin yang mesti diikuti oleh pengikutnya. Dalam persitiwa hijrah, ketika hanya Nabi dan Abu Bakar berada di dalam Gua Thur-tiada PBB, tiada OIC, tiada negara dan bala tentera islam yang boleh membantu, Nabi SAW bersabda kepada Abu Bakar ‘Apa sangkaan kamu dengan 2 orang, Allah yang ketiga’, suatu tarbiyyah, keyakinan dan keimanan yang jitu diletakkan dalam dada Abu Bakar. Ketika Suraqah yang mengejar Nabi dari belakang mulai takut dengan kaki kudanya yang sentiasa tenggelam dalam pasir itu meminta keamanan dari Nabi SAW, Baginda berjanji kepada Suraqah untuk diberikan gelang Raja Kisra. Satu janji yang melihat masadepan yang gemilang buat Islam walaupun negara Islam itu belum kelihatan di depan mata.
5.Perpindahan:
Hijrah wajib di awal Islam. Namun ia berubah selepas itu: ‘Tiada hijrah selepas pembukaan Mekah tetapi jihad dan niat (yang benar)’ , ‘Jihad berterusan hingga ke hari Qiamat’
Perpindahan yang mesti berlaku di kalangan orang Islam ialah berhijrah dari perkara yang dilarang Allah ‘Orang yang berhijrah ialah orang yang meninggalkan perkara yang dilarang Allah’. Bagi seorang mukmin, falsafah hidupnya ialah hari ini lebih baik dari semalam, esok lebih baik dari hari ini dan hari-hario muka lebih baik dari hari sebelumnya.
Berpindahnya Nabi SAW dari Mekah ke Madinah ialah bagi menegakkan Islam dalam bentuk syumul-peribadi, keluarga, masyarakat dan negara. Ia bukan hijrah dari satu tempat ke satu tempat sahaja. Hijrah membawa misi dan visi yang sangat hebat. Kalau di tahun 2009 lepas, PM pernah menyebut Hijrah menepati konsep 1Malaysia, maka ia adalah omong kosong yang jauh dari falsafah, konsep dan realitinya.
Dalam konteks semasa, kita menyambut tahun 1433H dalam keadaan loceng amaran PRU13 sudah dibunyikan, hanya menunggu gendang perangnya sahaja belum diketuk. Hijrah memberi semangat kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk mengukuhkan konsep 5P di atas, agar berjaya dalam PRU 13 sehingga menang setelah P iaitu parti diperkuatkan, mengekal dan menambah kerusi serta menguasai dua tempat P iaitu Putrajaya dan Parlimen, insyaAllah
Sumnber : Dewan Ulama' PAS

Khamis, 24 November 2011

Tazkirah : Sejenak Di Pagi Jumaat


Salam sahabat2.. Apa kabar semua? Harap sehat semua lah... DI pagi jumaat yang mulia ini marilah sama2 kita fikir apakah amalan baik dan buruk yang telah kita lakukan sejak dari jumaat yang lepas sampailah jumaat hari ini.. Fikir dan muhasabah balik apa yang telah kita lakukan selama seminggu ini... Bukan lah maksud saya bile seminggu baru nak muhasabah diri.. Tidak.. Muhasabah diri disetiap hari sebelum kita tidur.. Tapi hari jumaat ini adalah hari yang paling tepat untuk kita himpun dan fikir balik amalan2 yang kita buat selama seminggu...


Hisab lah diri kamu sebelum kamu dihisab dihadapan Allah s.w.t.. Hisablah diri kamu bermakna muhasabah balik diri, ingat balik dosa2 yang kita telah lakukan dan bertaubat atas setiap kesalahan ataupon dosa2 yang telah kita lakukan.. Kenapa Allah meminta kita untuk menghisab diri sendiri didunia ini sebelum kita dihisab dihadapan nya nanti..?? Kenapa DIA tidak ckap jangan hisab dirimu sebelum AKU hisab diri mu.. Kenapa Allah tidak berkata begitu ? Itu bermakna Allah tersangat sayang kepada hamba2nya yang taat kepadanya.. Allah menyebut hisablah dirimu, bermakna Allah tidak suka menghisab kesalahan dan dosa hamba2nya..


Sebab itulah Allah meminta kita untuk menghisab diri sendiri, menghisab kesalahan, dosa, pahala, amalan baik dan buruk supaya dihadapan Allah nanti kita tidak lagi dihisab dosa2 kita, kesalahan2 yang telah kita lakukan, amal yang buruk akan tetapi hanya dihisab pahala2 dan amalan baik yang kita lakukan semasa hidup diatas dunia.. Wallahua'lam


Ya Allah..Apabila Engkau memanggilku, ambillah aku dalam keadaan khusnul khotimah dan sempatkanlah aku untuk mengucap kalimah 'Lailahaillallah, Muhammad Rasulullah'

InfoMesir : Syeikh Al-Azhar Harap Polis Tamatkan Keganasan



Syeikh Al-Azhar- Dr Ahmed Al-Tayeb dalam satu kenyataan hari ini menyeru pimpinan polis Mesir mengeluarkan perintah agar menghentikan tindakan mengarahkan senjata dan menembak penunjuk perasaan yang menuntut perubahan demokratik. Beliau juga menggesa agar penunjuk perasaan agar mengekalkan demonstrasi aman dan angkatan tentera elakkan konfrontasi antara rakyat.

Menurut Kementerian Kesihatan melalui laporan televisyen Al-Arabiya, keganasan yang berlaku pada hari Sabtu yang lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 35 orang maut, manakala 3 orang terbunuh pada hari Rabu.

Al-Azhar juga menyeru pemuda yang berada di Tahrir dan semua penguasa di Mesir untuk mengekalkan keamanan dalam revolusi ini, walaupun mereka perlu berkorban dan menghadapi kesukaran untuk melindungi semua harta awam dan swasta.



Sumber di olah : Islamtoday , Alarabiya
Sumber : InfoHewi KPT

Politik: Akta Perhimpunan Aman Mempercepatkan Ajal Umno


KUALA LUMPUR, 22 Nov: Lajnah Undang-Undang Guaman dan PAS Pusat memandang serius tindakan Kerajaan Barisan Nasional membentangkan rang undang-undang yang dikenali sebagai Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menggantikan Akta Polis 1967.
AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin (gambar) berkata, setelah meneliti beberapa peruntukkan di dalam rang undang-undang tersebut, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami ia adalah akta yang bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini.
Menurutnya, menamakan rang undang-undang itu dengan Akta Perhimpunan Aman dalam keadaan akta tersebut hakikatnya melarang sama sekali sebarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan Kerajaan BN Umno dan Datuk Seri Najib ke atas rakyat.
Ujarnya, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkan perhimpunan aman.
Beliau berkata, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal itu beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin diganti.
Katanya, hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.
“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ianya tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.
“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” tegasnya.
Pada masa ini, beliau berpendapat rang undang-undang itu adalah secara jelas unconstitutional kerana ianya bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan.
Menurutnya, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had tersebut tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.
Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.
“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak Kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” ujarnya.
Katanya, amat malang Peguam Negara dan Kerajaan Umno BN tidak menunjukkan sebarang perubahan yang positif di dalam rekodnya yang sedia buruk dalam isu pencerobohan hak asasi khususnya dalam isu perhimpunan aman.
Baginya, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk Kerajaan BN dan Peguam Negara.
“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal Kerajaan Umno BN insya Allah,” ujarnya.
SumberHarakahDaily

Rabu, 23 November 2011

InfoMesir: Tarikh Pilihanraya Majlis Dewan Rakyat dan Pusat Pengundian

Pilihanraya Mesir peringkat Majlis Dewan Rakyat akan berlaku sebanyak 3 peringkat:

Peringkat Pertama:

Tarikh undi : 28 November 2011
Ulangan undi : 5 Disember 2011

Tempat Pengundian :

1) Kaherah 2) Fayyum 3) Aqsar
4) Port Said 5) Dumyat 6) Iskandariah
7) Kufr Syeikh 6) Asyut 9) Laut Merah


Peringkat Kedua:

Tarikh undi : 14 Disember 2011
Ulangan undi : 21 Disember 2011


Tempat undi :

1) Giza 2) Bani Suef 3) Syibin el-Koum


4) Zaqaziq 5) Ismailiah 6) Suez

7) Damanhur Sohaq 9) Aswan


Peringkat Ketiga:

Tarikh undi : 3 Januari 2012
Ulangan undi : 10 Januari 2012


Tempat undi :

1) El-Minya 2) Qalyubiyyah 3) Tanta
4) Mansurah 5) Sinai Utara 6) Sinai Selatan
7) Wadi al-Jadid 8) Matruh 9) Qena

DISEDIAKAN OLEH JAWATANKUASA OPS KESELAMATAN PMRAM 2011.

Selasa, 22 November 2011

Nie Mesti Nak Balik Free Lagi !!

Tgok... Haiss!!.. Apalah nk jadi.. Suka reka2 cerita... Cuba kawan-kawan lihat kat sini .. Nie msti kes nk blik free lagi niey... Sahabat2, mak ayah, abang kakk adik2, jangan percaya dengan berita2 Malaysia yang banyak merapu je dari kisah benar.. Kami disini ok2 jerr... Tak de apa2pon yang nak dirisaukan.... Kami still boleh pergi kekuliah, ikot kelas cam biasa.. Tak de apa2 masalah.... Demokrasi ini belom sampai lagi kat tempat kami.. So.. Anda2 kat malaysia jangan risau... Dan saya nasihatkan supaya anda semua jangan percaya dengan berita2 di malaysia... Kalu tak percaya, sila call anak2 anda and then tnye dengan mereka sendiri tentang keadaan di Mesir sekarang..

Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) telah mengeluarkan pekeliling keselamatan untuk pelajar2 Malaysia di Mesir,,, Dan perintah berkurung belom dikeluarkan lagi.. Makna nya keadaan disini masih didalam keadaan yang stabil... Masih terkawal... So..Jangan terpedaya dengan berita2 yang hanya mahu memburuk2kan Mesir... Kami disini lebih mengetahui keadaan yang sebenar melain kan mereka di Malaysia.. So.. Sila rujuk anak2 anda sebelum anda mempercayai berita2 yang disiarkan dimuka2 akhbar sekarang...



Dan dibawah ini pekeliling yang dikeluarkan oleh Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) : 
                           Sila tekan pada gambar untuk pembesaran 


Kepada Mahasiswa/siswi yang berada di Mesir... Jangan lupa untuk membaaca dan mematuhi pekeliling yang dikeluarkan oleh persekutuan dan KBMK yang menaung kita di Mesir ini... Kecuali ISMA.. Walaupon isma tidak pernah untuk mengeluarkan pekeliling sepeti mana yang di keluarkan PMRAM untuk ahli2nya... Sebab nya isma hanya pandai cari ahli je tapi tak pandai nk jaga kebajikan ahli seperti mana yang telah telah dilakukan oleh PMRAM... Maka sahabat2... Jangan lupa.. Pekeliling yang dikeluarkan adalah untuk keselamatan anda jugak.. Jangan wt keras pale... Jangan sampai kene dulu bru nk nyesal.. Sediakan payung sebelum kene.. k lah... Ingat org2 di Malaysia.. Jangan percaya dgn berita2 yang terpapang di dada akhbar malaysia sehingga lah anda meng'sohih'kan berita itu dengan anak,sanak saudara dan sahabat2 anda disini tentang berita yang dikeluarkan... Harap maklum... Wassalam...

Isnin, 21 November 2011

LAWAK TERBARU ZUL KULIM, WAN AZIZAH MENANGIS DEPANNYA ?


Kelakar sungguh bila membaca kenyataan Zul Kulim dalamMalaysiakini semalam.  Dia tak mengaku apa yang didakwa oleh Dr Syed Husin Ali di dalam buku `Memoir' yang menyebut Zul Kulim minta upah untuk kosongkan kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru bagi memberi laluan kepada DS Anwar.  Korang baca kat SINI dulu.

Dr Syed Husin telah keluarkan buku yang bercetak dan diedarkan.  Dr Syed Husin bukan bercakap mulut saja atau bercakap di dalam Parlimen yang `kebal' itu.  Jadi, sebagaimana Zul Kulim selalu cabar DS Anwar saman beliau atau Blogger yang buat fitnah, maka kali ini apa kata Zul Kulim saman Dr Syed Husin pula?  Ada berani?

Paling kelakar bila Zul Kulim ini cerita kononnya DS Wan Azizah menangis depan beliau bila DS Anwar `paksa' isterinya itu mengosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh untuk DS Anwar tandingi.  Punyalah haprak lawak jenaka Zul Kulim.  Semenjak bila DS Wan Azizah ini tergila-gila nak jadi Ahli Parlimen?  Dia ingat DS Wan Azizah ini macam dia yang semenjak dari PAS lagi terhegeh-hegeh nak jadi YB.  Malangnya, PAS dah tahu perangai buruk Zul Kulim dan PAS tak pernah pun teringin beliau untuk menjadi calon PAS.  Akhirnya, atas simpati DS Anwar maka beliau dipilih sebagai calon PKR di Kulim Bandar Baru.  


Busuk-busuk bangkai akhirnya terbau juga.  Akhirnya, benarlah sangkaan PAS selama ini.  Zul Kulim tidak boleh dipercayai, maka dia tercampak dari PKR.  Alhamdulillah, satu bangkai sudah hilang dari PKR.  Kita semua tahu, DS Wan Azizah asalnya bukan orang politik pun.  Semenjak DS Anwar di dalam kabinet kerajaan dulu hingga ke peringkat DS Anwar jadi TPM, DS Wan Azizah tetap `low profile' dan jarang sekali muncul di khalayak ramai.  Jauh beza dengan Bik Mama yang ada sekarang.  

Beliau mula belajar politik bila suaminya dianiayai oleh mamak bendahara.  Ketika itu, sudah menjadi kewajipannya untuk berjuang membela nasib suaminya di dalam penjara, apatah lagi ketika itu anak-anak beliau masih kecil dan mentah.  Itu mulanya DS Wan Azizah berpolitik.  Bukan dia gila jawatan politik, tetapi terpaksa demi suami tercinta.  Jika benar DS Wan Azizah ini gila jawatan, sudah lama beliau menunjukkan perangai macam Bik Mama yang bergelar `Hajjah' tu sewaktu DS Anwar menjadi orang No. 2 dalam kerajaan dulu. Jadi, di mana lojiknya kata Zul Kulim bahawa DS Wan Azizah menangis di depannya kerana terpaksa kosongkan kerusi Parlimen Permatang Pauh?

Ketawa lagi aku bila Zul Kulim sebut, dia tolak tawaran jadi Pengarah di dalam GLC Selangor yang menjanjikan elaun bulanan lebih kurang RM50, 000 sebulan.  Aduuuhh...tengok muka Zul Kulim ni korang percaya ke dia tolak tawaran tu jika betul ada?  Elaun sebanyak tu kalah gaji PM tu !! Zul Kulim kononnya tolak kerana dia berjuang atas dasar keikhlasan.....wakakakakaaaaaa...

Kalau aku, aku ambil je jawatan tu pasal aku boleh bayar hutang-hutang aku kat kawan-kawan.. Boleh juga aku sumbang dekat PARTI ISLAM SEMALAYSIA(PAS).. RM50.000 hingge RM60,000 hibu tu bro... Kaloh gaji Perdana Menteri Malaysia tue..

Orang semua tahu Zul Kulim, bahawa kerusi Parlimen Kulim Bandar Baru tu sepatutnya dikosongkan awal lagi kerana ada dakwaan kamu tak jelaskan penyata pilihanraya sebelumnya.  Sebab tu akhirnya petisyen yang dibuat oleh Umno Kulim Bandar Baru tu `selesai' di luar mahkamah sebab ada `rundingan' rahsia.  Apa rahsianya?  Rahsianya dapat dilihat sekarang di mana Zul Kulim jadi Wakil Rakyat Bebas.  Ertinya, PKR hilang kerusi itu.  Jika petisyen itu dulu dibawa ke mahkamah, maka terpaksa diadakan P/raya di situ, kompom PKR terus memegang kerusi tersebut. Hasilnya, niat mereka tercapai untuk melihat PKR kehilangan kerusi tersebut.  Masakan `free' je kot....mesti ada sesuatu di sebalik kopiah Zul Kulim.

Nampaknya semakin Zul Kulim bercakap, semakin nampak kebodohannya.  Jadi, lebih baiklah Zul Kulim baca `Memoir' Dr Syed Husin tu, dan saman beliau.  Sekali lagi kita bertanya, ada berani?

Jumaat, 18 November 2011

Inilah Usrah Kami !

Salam sahabat2... Hari ini saya mahu kongsikan sesuatu tentang usrah...Usrah ini adalah sesuatu yang sangat penting untuk mendidik kita untuk menjadi seorang yang berguna untuk agama.. Usrah juga membuatkan kita kenal sahabat2 kita, kenal hobi dia, berkongsi masalah, bergelak ketawa same2.. Para Ulama' yang hebat2 semuanya lahir dari kehidupan berusrah.. Mereka mewakafkan diri untuk ditarbiyyah dan mentarbiyyah orang lain..

   Ini lah halaqah usrah kami yang dikendalikan oleh Murabbina AL-Ustaz Khairul Aiman.. Setiap minggu kami akan berkumpul di suatu tempat.. kali nie dirumah Ust Hazriq..







Kami sama2 mencerna idea untuk membentang kan atau mengulas topik yang dibincangkan..Topik yang dibincangkan adalah didalam buku Apakah Erti Saya Menganut Agama Islam yang dikarang oleh Fathi Yakan didalam Bab 1 yakni SAYA MESTILAH MUSLIM DI SUDUT 'AQIDAH dibarisan nombor yang ke-2..Boleh cek sndiri.. Dan ahli2 usrah saya terdiri dripada : 


                         Naqib@Murabbina kami iaitu Al-Ustaz Khairul Aiman

                                    Ketua kami : Al-Ustaz Ahmad Najmi

                                                       Ustaz Hazriq

                                                       Ustaz Salman


                             Timbalan Ketua : Al-Ustaz Muhammad Fariss


                                         Ustaz Amir Abd Rahim

                           Al-Ustaz Abd Rahim Bin Adam[]Tok Anjang[]

                                             Al-Ustaz Aliff Basya :
                        Lapor sangat tue..smpai penselpon nk ditelan nya


Dan akhir sekali saya lah... Muhammad Idris bin Mohd Yasin.. Sory lah kawan2..xdang nok baham gambor mase lam usrah tkdi...So..terpakse lah cari gambor lain untuk menggantikan tempat itu...

Sedikit kata-kata:
Kami bersama-sama datang ke usrah untuk di TARBIYYAH,
Kami bersama-sama berkongsi SUKA dan DUKA,
Kami bersama-sama berkongsi PENGALAMAN,
Kami bersama-sama berkongsi ILMU yang ada walaupon serba sedikit..

Usrah telah mengajar kami untuk kenal apa itu erti KEHIDUPAN.
Usrah juga telah mengajar kami kenal apa itu erti PERSAHABATAN,
Usrah juga mengajar kami akan pahit getirnya PERJUANGAN,
Dan usrah juga mengajar kami kenal apa itu UKHUWWAH...

Marilah sama-sama kita tingkatkan kehadiran kita ke USRAH bukan untuk apa-apa, tapi hanya sekadar untuk di TARBIYYAH samaada tarbiyyah Rohiyyah ataupon Jasmaniyyah.. Ber'USRAH' adalah sesuatu yang sangat penting dalam kehidupan kita dimasa sekarang..Jadi. Mari kita sama-sama hadirkan diri di Halaqah Usrah..Jika tidak anda tidak akan sesekali mengenal apa itu kehidupan..Dan semoga selepas melalui proses pentarbiyyahan ini kita keluar dgn keadaan mampu MENTARBIYYAH orang lain..

Moga UKHUWWAH yang terbina diantara kita dapat dikekalkan hingge ke Syurga ALLAH S.W.T,, InsyaALLAH.. Wassalam..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...