Selasa, 27 Disember 2011

IsuWanitaSekarang: Wanita Sekarang Tidak Sama Seperti Dulu

Gadis Ayu Bertudung  Tapi Pemandangan dari Belakang Menjadi Kurang Menarik.
Adakah sesuai untuk berpakaian macam ini?



                                    Maaflah kerna meletakkan gambar yang kurang elok..

Admin kecewa!!!Inilah contoh wanita yang Nabi katakan berpakaian tapi telanjang..Pakai baju kecik.. Lain kali carilah baju yang cukup dan lebih skit kainnya..Pakai baju muslimah tak salahkn?? Janganlah berpakaian macamni... Nabi marah..

A‘isyah radiallahu ‘anha menceritakan bahawa Asma’ binti Abu Bakar radiallahu ‘anhuma pernah mengunjungi Rasulullah sallallahu ‘alaihi-wasallam dengan pakaian yang agak nipis. Lalu Rasulullah berpaling darinya seraya bersabda:
"Wahai Asma’ , sesungguhnya wanita apabila telah baligh, tidak boleh terlihat daripadanya kecuali ini dan ini: baginda mengisyaratkan wajah dan kedua tangannya, selepas pergelangan tangan." (Riwayat Abu Daud)

Aiyoyo..Tak tahulah nak jadi apa dengan dunia akhir zaman sekarang ni.. Muda Mudi telah ditarik rasa malunya.. Sudah tiada rasa malu!! Memang betol apa yang Rasulullah jangkakan 1433 tahun dahulu lagi..ALLAH..Admin tak tahulah nak kata apa lagi.. TAk salah nak g tengok bola ka apa ka.. Tapi pakaian tu biar tutup aurat dengan betol sebetolnya..Yakni cara menutup aurat yang Rasulullah ajar.. Bukannya yang taghut ajar.. Menjadi haram jikalau pergi tengok bola dalam keadaan berpakaian seperti diatas..

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Wahai Nabi, katakan kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan isteri-isteri orang mukmin, ‘hendaklah mereka melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’”

Dah bacakan ayat ALLAH AlKarim diatas. Kenapa Allah memerintahkan muslimah untuk melabuhkan jilbab ke seluruh tubuh mereka? Ade motifnya sahabat-sahabiah sekelian. “Yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali sebagai wanita baik agar mereka tidak diganggu.’” Disini telah terjawab soalan itu kerana ALLAH tersangaT mahu untuk menjaga wanita..

Tapi mengapa?? Mengapa ada sebahagian perempuan yang tak reti2 bahasa tidak mahu menutup sepenuhnya aurat mereka?? Adakah kerna mahu menunjukkan yang diri mereka itu cantikk?? Dimana cantikknya anda?? Jikalau auratnya terpampang jelas sehinggakan ada orang yang tergoda melihatnya..Ade sebahagian perempuan mengatakan 'ikot suka kamilah nak pakai apa2pon..Kami xmenyusah sape2kan' Tidak..Anda sebenarnya telah menyusahkan
1)Ayah
2)Suami
3)Adik Beradik Lelaki
4)Anak Lelaki
tapi anda tidak perasaan akan semua ni.. Anda hanya pikirkan kepentingan diri anda..Tak pikir kami2(lelaki) yang bakal diseksa kerna kesalahan kalian..

Ya.. Tak salah untuk cantikk.. Tak salah.. Tetapi akan menjadi salah jikalau anda mempamer kecantikkan anda selain dari suami anda yang sah.. Anda telah membenarkan manusia2 diluar sana untuk meratah kecantikkan tubuh badan anda yang telah dicipta khas untuk suami anda suatu hari nanti..

Apa jenis manusialah kalian ni.. Kerna disebabkan kalian kami turut tertarik untuk bersama kalian ke neraka ALLAH.. Mungkin didunia ini kalian berani mengatakan 'biarkanlah..Ini urusan kami dengan ALLAH' tapi diakhirat sana berani ke untuk anda berkata demikian?? Berani ke?? 

Ingatlah kaum hawa.. Kami marah bukan kerna kami benci.. Tapi kerna kami sayang kan diri kalian.. Kalian adalah pertama yang ALLAH ciptakan khas untuk suami kalian.. Pleess...Tolong.. Jangan benarkan manusia2 diluar sana meratah keindahan diri anda dengan sesenangnya tanpa ikatan rasmi.. Dan tolonglah..JANGAN JADI PEREMPUAN MURAHAN!!! 

Kami marah bukan tandakami benci TAPI KERNA KAMI SAYANGKAN diri anda!! Dan sebaik2 perhiasan adalah WANITA SOLEHAH..Rebutkanlah peluang untuk menjadi wanita solehah bukannya wanita terkutuk yakni perempuan berpakaian tapi telanjang..kbye..wassalam


POLITIK:PAS MEMBUKA JALAN KEPADA SERAWAK UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN


KOTA SAMARAHAN, 6 April: Rakyat Sarawak sudah menyedari salah laku Ketua Menteri mereka, Tan Sri Abdul Taib Mahmud namun takut untuk membuat perubahan, kata ahli jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau berkata, PAS sudah bersedia untuk membantu rakyat Sarawak keluar daripada ketakutan itu dan membuat perubahan di negeri ini.

"Rakyat Sarawak ngin meyakinkan parti-parti yang bertanding khususnya Pakatan Rakyat bahawa salah laku keluarga Taib Mahmud diketahui umum tapi mereka kurang berani menunjukkan kemarahan.

"Mereka gerun dan takut untuk buat perubahan dan mengharapkan kami untuk tanamkan keyakinan untuk jatuhkan Taib. Kita buat satu mukadimah masuk ke Muara Tuang supaya mereka berasa yakin," katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon di Dewan Suarah, dekat sini hari ini.

Ahli Parlimen Bukit Gantang itu juga berkata, PAS sudah pasti ingin merampas kerusi itu dari BN, apatah lagi calonnya ialah adik Taib sendiri.

Namun katanya, jika hanya berjaya mengurangkan majoriti BN sekalipun, ianya merupakan kejayaan besar kerana PAS baru pertama kali bertanding di Dun itu.

"Peluang untuk PAS menang nampaknya 50-50 kerana ini kali pertama PAS bertanding di sini. Sebelum ini PKR bertanding dan mereka kalah dengan majoriti enam ribu lebih. Jadi kita rasa kalau pun kita dapat kurangkan majoriti pun satu kejayaan besar," katanya.

Mengulas mengenai calon wanita yang diletakkan PAS pula, beliau berkata ianya satu keputusan tepat kerana majoriti pengundi di Muara Tuang terdiri daripada wanita.

"Sebahagian besar pengundi di Dun ini adalah wanita jadi dengan PAS meletakkan Noraini yang dikenali di kalangan kebanyakan wanita di sini ini satu pilihan yang tepat," katanya.

Ini juga, katanya satu penghormatan kepada Dun Sarawak apabila memberi peluang kepada calon wanita.

"PAS memang mahu mengenengahkan lebih ramai calon wanita dan ini merupakan penghormatan kepada Dewan Undangan Negeri Sarawak kerana boleh memberi peluang kepada calon wanita untuk menganggotai dewan," katanya.

PAS meletakkan Noraini Hamzah, 49, bagi menentang calon BN-PBB, Datuk Seri Mohamad Ali Mahmud, 61.

Written by : Hazayani Zakaria 

Sabtu, 3 Disember 2011

Tazkirah : Fadhilat Puasa Sunat Asyura’


Hari ‘Asyura merupakan hari yang kesepuluh daripada bulan Muharram. Rasulullah S.A.W telah menggalakkan umat Islam agar berpuasa pada hari ini kerana ia mempunyai kelebihan yang tersendiri disamping kelebihan bulan Muharram itu sendiri.10 Muharram juga telah mencatatkan beberapa peristiwa penting untuk renungan kita bersama iaitu pada hari inilah nabi Musa dan pengikutnya telah diselamatkan oleh Allah daripada musuh mereka. 

Pada hari ini juga tercatat peristiwa pahit dalam sejarah Islam iaitu pembunuhan kejam ke atas tubuh yang mulia Sayyidina Husin yang merupakan cucu kesayangan Rasulullah S.A.W di bumi Karbala. Pembunuhan yang kejam ini dilakukan oleh Syiah Kuffah bukannya oleh tentera Yazid bin Mu’awiyah sebagaimana didakwa oleh sesetengah pihak. Walau pun adanya mazhab Syiah yang menyatakan bahawa pada hari ini tidak boleh berpuasa kerana kita semua mesti bersedih dengan pembunuhan Sayyidina Hussin pada 10 Muharram. 

Kita jawab balik kepada pendapat mereka bahawa kita semua disunatkan berpuasa pada setiap hari Isnin sedangkan pada hari Isnin merupakan hari kewafatan junjungan besar Muhammad S.A.W yang lebih besar kesedihannya tetapi kita semua tetap berpuasa sunat pada hari tersebut. Insya Allah kita akan kupas mengenai peristiwa Karbala ini dalam ruangan khas pada keluaran akan datang.
Disini dibawa beberapa hadis yang sohih mengenai kelebihan berpuasa pada 10 Muharram yang dikenali sebagai hari ‘Asyura.

Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Apabila Rasulullah S.A.W tiba di Madinah maka baginda telah melihat orang yahudi berpuasa pada hari kesepuluh (Muharram) maka baginda bertanya yang bermaksud : Apakah ini?. Maka jawab mereka : Ini merupakan hari yang baik yang mana pada hari inilah Allah SWT menyelamatkan bani Israel daripada musuh mereka maka nabi Musa berpuasa pada hari ini. Maka sabda baginda S.A.W : Maka aku lebih layak dengan nabi Musa daripada kamu maka baginda berpuasa pada hari ini. Dan baginda menyuruh untuk berpuasa pada hari ini.
- Telah dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -


Daripada Abdullah bin Ma’bad az-Zamani daripada Abu Qatadah bahawa nabi s.A.W telah bersabda yang bermaksud :Berpuasa pada hari ‘Asyura (kesepuluh Muharram) sesungguhnya aku mengharapkan atas Allah SWT bahawa Dia akan menghapuskan dosa setahun yang sebelumnya.
Diriwayatkan oleh imam Tarmizi -


Daripada Ibnu Shihab daripada Hamid bin Abdul Rahman bahawa dia telah mendengar Mu’awiyah bin Abu Sufian berucap pada hari ‘Asyura tahun haji di atas mimbar : Wahai penduduk Madinah! Dimanakah ulama’ kamu? Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Ini adalah hari ‘Asyura dan Allah tidak mewajibkan ke atas kamu berpuasa. Aku berpuasa (pada hari ini) maka sesiapa yang mahu berpuasa berpuasalah dan sesiapa yang mahu (berbuka) maka berbukalah.
Dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim dan Abu Daud -

Hadis ini menjelaskan kepada kita berkenaan dengan kelebihan berpuasa pada hari ‘Asyura. Ulama’ juga berpesan agar kita turut berpuasa pada hari kesembilan Muharram bagi membezakan antara puasa kita dengan yahudi yang berpuasa pada hari kesepuluh Muharram.Yahudi berpuasa pada hari tersebut kerana pada 10 Muharamlah nabi Musa dan pengikutnya diselamatkan daripada Firaun dan tenteranya yang zalim. 

Hukum berpuasa pada hari ini adalah disunatkan bukannya satu kewajipan. Siapa yang mahu berpuasa maka bolehlah berbuat demikian dan ganjaran yang besar dijanjikan kepada mereka yang berpuasa pada hari ini iaitu diampuni segala dosanya pada tahun-tahun yang lalu.Semoga kita dapat menggunakan segala peluang yang ada untuk menambahkan amalan sebagai bekalan di akhirat nanti.


IsuSemasa : Giliran Parti Islam Menang Pilihanraya Di mana-mana Di seluruh Dunia





Parti Islam PJD menang pilihan raya Morocco

PAS turut mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan dan Pembangunan (PJD) yang dilaporkan memenangi jumlah terbesar kerusi dalam pemilihan parlimen Morocco.


"PAS mengucapkan tahniah kepada Parti Keadilan Morocco yang telah berjaya memenangi pilihan raya di negara itu yang diadakan Jumaat lalu.


"Kita melihat kemenangan yang ditempa parti berteraskan Islam ini sebagai petanda positif rakyat yang kini mahu berubah untuk menerima parti Islam sebagai pemerintah," kata Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar.

Seorang tokoh berpengaruh parti Islamik moderat Morocco itu, Lahcen Daodi mendakwa, berdasarkan laporan yang disampaikan mereka memenangi pilihan raya di Rabat, Casablanca, Tangier, Kenitra, Dijual, Beni dan Sidi Ifni Mellal dan beberapa tempat lainnya.

"Parti kami telah memenangi jumlah kerusi tertinggi," tambahnya.

PJD ini akan menjadi parti Islam moderat yang kedua yang memimpin pemerintah Afrika Utara sejak awal pemberontakan Musim Semi Arab menyusul Tunisia.

Keseluruhan kerusi parlimen yang dipertandingkan bagi pilihan raya kali ini adalah 395 kerusi parlimen dan PJD didakwa memenangi lebih separuh darinya.-HD


Pilihanraya Mesir: Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi


Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.


Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.


Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.


Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.


Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.


Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.


"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.


Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.


Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).


Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.


Ia merdeka pada 1922. -blog E-RL






TUNISIA - Yahudi Kecewa Parti Islam Menang 


Gilles Jacob Lellouche, seorang anggota minoriti Yahudi Tunisia, hanya mengangkat bahu saat merenungkan masa depan di bawah pemerintahan yang dijalankan oleh parti Islam yang menyapu pemilihan umum bebas pertama di negara itu.


"Kami akan menunggu dan melihat," katanya terkait tentang kekhuatiran kebebasan minoriti dapat berada di bawah ancaman.


"Orang-orang telah berbicara, dan mereka telah memilih parti Islam An-Nahdhah," katanya kepada AFP.


Lellouche adalah calon tunggal asal Yahudi dari lebih 10.000 calon terdaftar dalam pilihan raya untuk maju sebagai anggota parlimen yang akan menulis ulang konstitusi - untuk pertama kalinya di Tunisia. Dia bertanding atas tiket Persatuan Republik Rakyat, yang memenangi satu kerusi yang jatuh ke kandidat lain.


"Tunisia tidak siap untuk membuka pintu ke kediktatoran baru yang baru saja ditinggalkan. Tetapi kami mesti tetap waspada," katanya menegaskan.


Ketika ditanya apakah orang-orang di komuniti Yahudi memandang positif tentang masa depan di bawah kekuasaan parti An-Nahdhah, dia menjawab: "Mereka tidak berpandangan negatif. Ada perbedaan substansial."


Tunisia memiliki salah satu minoriti terbesar Yahudi di dunia Arab, diperkirakan ada 1,500 orang dari total populasi lebih dari 10 juta penduduk Tunisia.


Lellouche mencatat bahawa Tunisia memiliki sejarah panjang hubungan antara-komuniti yang penuh keramahtamahan dan mengatakan ia percaya Islam sebagai agama yang toleran.


Namun pada Mac lalu, dua bulan setelah jatuhnya diktator Zine el Abidine Ben Ali yang dianggap sebagai benteng melawan Islamisasi, sekelompok lelaki Muslim menyerang sinagog Yahudi di luar kota Tunis, salah satu yang terbesar di antara sedikit sinagog di negara ini.


Bulan berikutnya, pemerintah Israel membuat pendanaan untuk membantu Tunisia memindahkan orang Yahudi ke Israel, dengan alasan memburuknya sikap masyarakat terhadap komunitas Yahudi sejak penggulingan Ben Ali.


Lellouche menyalahkan keberhasilan An-Nahdhah yang sebahagian ada pada dekad kediktatoran yang meninggalkan Tunisia dengan tidak adanya perdebatan politik budaya.
"Tunisia menemukan diri mereka di supermarket politik. Mereka yang menjual idea-idea terbaik datang dari atas.


"Terserah kepada kita dalam politik untuk merevisi cara kita menjual ide," katanya menambahkan.(fq/afp)



Ulasan :

Ya, giliran Parti islam Semalaysia di negara ini akan tiba juga akhirnya.

Sungguh benar janji Allah:


Bahawa bumi itu akan di warisi oleh hamba-hamba-Ku yang salih. [Suratul Anbiya: 105]

Sumber :  GBoc

InfoMesir : PilihanRaya Mesir :Parti Ikhwanul-Muslimin Dahului Kiraan Undi


Pergerakan Ikhwanul Muslimin mendakwa parti politik baharunya, Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) mendahului keputusan awal pilihan raya parlimen Mesir.

Ikhwanul Muslimin pernah diharamkan semasa pemerintahan Presiden Hosni Mubarak yang meletak jawatan semasa gelombang kebangkitan rakyat Mesir pada Februari lalu.

Sebelumnya, parti Ikhwanul Muslimin di Mesir sempat mengancam akan memboikot peilihanraya apabila undang undang darurat Mesir yang dilaksanakan di era kepemimpinan Husni Mubarak tidak dibatalkan.

Ikhwanul Muslimin bersama koalisi 37 parti politik mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar memperakukan, seandainya undang-undang tersebut tidak dihapuskan, mereka tidak akan meneyertai dalam proses pilihanraya umum yang hendak dijalankan.

Mereka juga mendesak Dewan Ketenteraan Mesir agar melarang para menteri Mesir di era Mubarak ikut serta di dalam pilihanraya umum.

Pasca turunnya Mubarak, populariti parti Ikhwan memang semakin meningkat di Mesir. Partai tersebut dianggap sebagai parti yang akan membawa perubahan di negara tersebut.

"Sejak proses mengundi hingga sekarang ini (semalam), keputusan awal menunjukkan FJP sedang mendahului parti-parti lain," kata satu kenyataan Ikhwanul Muslimin tanpa mengulas lanjut.

Pilihan raya tersebut dilangsungkan oleh pemerintah sementara Mesir iaitu Majlis Tertinggi Pasukan Bersenjata (SCAF) bagi memenuhi janjinya untuk menyerahkan kuasa kepada penduduk awam.

Tercatat 55 buah parti politik ikut serta di dalam pemilihan tersebut dimana sebanyak 498 kerusi disediakan di parlimen dan Ikhawanul Muslimin sudah berjaya memperolehi 40 peratus suara dalam pemilihan umum tersebut. Demikian seperti diberitakan Reuters, Rabu (30/11/2011).

Mesir yang memiliki sekitar 80 juta penduduk merupakan bekas negara naungan British.

Ia merdeka pada 1922.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...