Khamis, 17 November 2011

Alamak ! Mesir akan buat perhimpunan lagi lah !



Hari ini,,tanggal 18 November 2011,rakyat Mesir akan buat satu lagi perhimpunan (bukan perhimpunan haramtaw) yang bakal menghimpun kan jutaan rakyat Mesir di Medan Tahrir yang dinamakan perhimpunan " جمعة حماية الديمقراطية " (Jumaat Melindungi Demokrasi).
Antara fokus penting yang hendak dicapai dalam perhimpunan esok adalah ;

1) Menolak ketenteraan negara dan menolak segala bentuk jagaan institusi yang akan datang. Mereka juga menolak dan minta dimansuhkan secara keseluruhan dasar-dasar perlembagaan yang dibentuk melalui “Dokumen el-Selmi”

2) Jadual waktu untuk penyerahan kuasa kepada kerajaan pilihan rakyat selewat-lewatnya April 2012.

Perhimpunan ini sebenarnya adalah kesinambungan daripada perjumpaan yang diadakan yangdihadiri oleh Ikwan Muslimin bersama-sama parti-parti tahaluf Demokratiyyah liaji Misr (18 parti) bersama2 dengan Hizbul Huriyyah wal ‘Adalah, 7 orang calon-calon yang sedang berebut kerusi presiden Mesir dan juga beberapa NGO lain. Perjumpaan tersebut dilakukan bagi membicangkan berkenaan perjalanan pilihan raya Mesir yang dirasakan ada pihak-pihak yang dilihat cube mengagalkan perjalanan demokrasi tersebut.


                        Perjumpaan Yang Dibuat Pada 13 November Lalu

Oleh kerana itu, tindakan atau desakan yang dibuat terutamanya di dalam perhimpunan esok dilihat satu usaha untuk memberi amaran kepada pihak ketenteraan agar menyerahkan kerajaan secepat mungkin kepada pilihan rakyat.

Nota untuk mahasiswa Malaysia di Mesir : Diharapkan kepada semua mahasiswa untuk menjaga keselamatan masing-masing dan mengikut etika keselamatan yang telah dikeluarkan oleh KBMK dan PMRAM. Segala permasalahan boleh merujuk kepada YDP BKAN atau terus kepada presiden  Pmram Pusat … Dan juga para pelajar sekelian tidak dibenarkan untuk mendekati tempat perhimpunan apatah lagi mengambil gambar ketika perhimpunan tersebut  dilakukan .. Sekian Terima Kaseh.. Wassalam

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...