Ahad, 9 Januari 2011

~Aku & 4 Isteri~

cerita ini aku copy&paste dari facebook iena nur..sgt menarik cerita ini..moge ada pengajaran disebalik cerita ini..
    
 Dgn nama Allah yg Maha Pengasih lg Maha Penyayang....terasa hari ini hendak menulis lg...org lain duk sibuk stadi,tp aku sibuk utk menulis diruangan ini...xpelah,mge2 ini mmberi mnfaat kpd semua...ketiadaan idea mnyebabkn aku tiade ape utk dikongsikan kpd semua....tp hari ni,ingin aku kongsikn satu cerita yg dibaca dri majalah ANIS ktika sedang mnjaga baby Hanan semalam.....


 Cerita yg diberi tajuk"AKU & 4 ISTERI..... Aku seorang ahli perniagaan yg mmpunyai 4 isteri..pd ketika ini aku ingin berceritakn ttg isteri2ku...pasti kalian berminat kn??Kumulakn dgn isteri yg kusayangi..siapa lg kalau bukan isteri keempat..Dialh yg paling muda dan paling bertenaga..Dia jugalh yg paling kucintai..Dia byk mmbantuku..ketikaku letih,dialh yg mnyiapkn semua kerja tnpa rase letih..Oh...bertuahnya punya isteri muda...dialh pujaanku yg sering ku jage dan amat kukasihi......


 Isteri yg ketiga,tdk kurang hebatnya..diantara keempat2,dialh yg paling cantik.Wajahnya sgt memikat..Dialh yg sentiasa mnemaniku kemajlis2...Oh..bangganya dlm hati,apabila dpt perkenalkn kpd teman2...... 


 Isteri kedua apa kurangnya..Walaupun tdk secntik dan bertenaga mcm isteri ketiga dan keempat,dia punya akal yg cerdas..Dia sgt pandai dan pintar dlm myelesaikn masalah...Oh....sungguh bertuah,jika aku buntu,dialh yg mnjadi tempat rujukku.....


 Aduh...inilah isteri pertama..rupa tdk ada,fikiran ditahap biase2 aje..Tenaganya pula semakin diragut usia.Kehadirannya semacam tiada..dia pun tdk hairan lg apabila aku jarang menemuinya..inginku cerai tp xsampai hati..Bukan xkasihan,tp apa blh buat..hatiku tdk ada lagi pdnya...                 


 Hidupku riang dan ceria sehingga satu hari kurasa badanku lemah...kepalaku berputar2,mataku berpinar2...akhirnya aku jatuh...setelah sedar,aku terbaring..kakiku sudah tdk dpt digerakkn lg....Doktor dtg mngatakn"maaf tuan,sy terpaksa berterus-terang..tuan disyaki mnghidap barah peringkat akhir...hdup tuan sdh tdk lama lg,hnya tggal 2 bulan shja lg mngikut jangkaan...perubatan moden pon tdk dpt mmbntu tuan,yg dpt hnyalh dgn memakan ubat utk menahan sakit..  


 Aku akn pergi buat selamanya...mujurlh mulutku masih boleh berkata2..kupanggil keempat2 isteriku.ingin kutemui mrke seorg demi seorg..Pertamaku temui,tentulah yg paling kusayangi..isteri keempat..                                                   "Sayang,abg akn pergi..jika ditakdirkn..sudikh kalau kau mati bersamaku?menemaniku ktika dialam kubur nanti??terkejut isterinya mndengarkn itu...abang..soal mati jgn dibuat main2...jika abg sudah tiada,halalknlh utk melihat sy bersama lelaki lain...sy masih muda,hdup sy perlu diteruskn..."  




 Kutemui isteri ketiga...."darling..abg akn mati xlama lgi...jika ditakdirkn,sudikh kau menemani abg???sudikh kau mati bersama abg??terbeliak mata isteriku bagai terkena halilintar...abg..sy masih cantik..xkn sy nk habiskn kecantikn sy ini dgn menemni abg...dgn harta abg yg sy akn warisi,akn sy teruskn hdup ini''....sekali lg harapnku hancur....


 Isteri kedua....terima kasih krn menemui abg,abg ada permintaan dri syg...abang,sy sedih mndengr abg akn  pergi xlame lg...abg jgn risau,segala urusan nanti...sy akn selesaikn....urusan harta abg,sy dh aturkn dgn baik..hal2 bisnes pun..abg xpyh risau...sayang..bukan itu yg abg inginkn...jika ditakdirkn,sanggupkh syg mati bersama abg??blhkh syg menemani abg dialam kubur nti??isteriku menutup muka dan berlalu pergi...... Harapanku hancur..semua yg tersayang sudah tdk sudi lg bersamaku...alangkh sepinya hatiku dan ngerinya nanti apabila tiada teman bersamaku dialam kubur...

 Tiba2..."Assalamualaikum,abg.."ah..aku terlupa,aku masih ada satu lg isteri....aku hnya terdiam...tdk lgi mgharapkn,krnaku tahu..pasti jwpnnya sama spt isteri2 yg sebelumnya...."abang...terima kasih kerana masih menemui sy...abg,sy sggup menemani abg..kemana shja dan dimana shja...sy sggup sekalipun terpaksa mati bersama...sy sggup bersama abg dialam barzakh nanti...aku tersenyum gembira,masih ada yg sggup bersamaku....


 Siapakh 'AKU' dlm cerita td???pastilah aku itu adalh kita..kita yg mmpunyai 4 isteri...isteri keempat adalah JASAD & TUBUH kita...drinya kita mndapt kekuatan dan tenaga...kpdnya kita selalu mmberi mkn dan mnjaganya dgn baik...segalanya kemahuannya kita turuti...isteri ketiga adalah HARTA...siang malam kita fikir bagaimana utk menambhnya...kita belikn aset sebagai jaminan masa hdpan....isteri kedua kita adalah ANAK,ISTERI,SANAK SAUDARA DAN SHBT2 kita...pd merekalh kita meluahkn segala permasalahn...dri mrkalh kita mgharapkn kasih dan syang...isteri pertama kita adalah AMAL IBADAT kita pd Allah..


 Itulah yg sering kita lupakn...yg sering kita pinggirkn..bila terasa lalai,kita xcube utk mmbetulkn..apabila kurang,kita xusaha utk tambahkn...              Namun,akn tiba masanya nanti..akan terserlah jua mana isteri yg benar2 jujur dan setia...yg ssgup menemani kita hingga akhirnya....alangkh indahnya mlm pertama nanti..andai ada isteri yg sggup menemani kita.....mmbelai dan mnyayangi kita selamanya...      


 Inilh penghujungnya...sama2lh kita renungi....manakh yg kita perlukn dlm hdup ini..yg bakal mnjamin kebahagiaan hdup kita kelak......:-)


moge2x  kita dapat ambil ikhtibar dan peringatan dari apa yg dikongsikan...

Sabtu, 8 Januari 2011

~Baru seminggu, sudah 7 kes buang bayi~

08 JAN 2011:Tahun 2011 baru seminggu membuka tirainya tetapi dalam tempoh itu tujuh kes buang bayi dilaporkan.

Angka itu perlu diberi perhatian serius dan bimbang dengan gejala yang berterusan itu, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kerajaan akan memperhebatkan kempen kesedaran dalam usaha menyekat gejala itu daripada berlarutan.

"Kerajaan komited terhadap usaha membanteras perbuatan membuang bayi yang kini menuntut tindakan segera," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen 'Kami Prihatin' di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) di sini hari ini.
Kempen itu adalah untuk mencetuskan rasa keinsafan dan menebalkan kembali nilai kemanusiaan di kalangan masyarakat dalam usaha menangani kes penderaan kanak-kanak dan buang bayi.

Shahrizat berkata kementerian akan terus mendekati golongan remaja hingga ke peringkat akar umbi selain mempergiatkan kerjasama dengan badan bukan kerajaan dalam menjalankan kempen kesedaran mendidik masyarakat.
Beliau berkata media massa dan badan-badan agama juga perlu terus memainkan peranan yang lebih kritikal bagi membendung gejala itu.
- Bernama

 Lihatlah sahabat2 sekelian...baru je seminggu kita merayakn tahun baru tp dalam masa seminggu tu juga lah dh 7 org terlepasnya anak haram...Inilah akibat nya apabila negara Islam tidak diberi laluan untuk memerintah negara...Itu baru seminggu belum lg setahun...cube sahabat2 sahabiah fikirkan sejenak..jikalau setahun berapa puluh anak haram akan dilepaskn?...sekarang negara kita adalah diantara rates tertinggi didalam perlumbaan perlepasan/pembuangan anak haram...

 Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata kita akan perhebatkan lagi usaha membanteras kes pembuangan bayi...akan tetapi sahabat2 dimanakah hasilnya ??..dari dulu lagi Datuk Seri Shahrizat kita cakap akan membanteraskn kes pembuangan anak ini...tp sampai skrg pun masih tiada hasil juga...dulu cadangan beliau untuk membina pondok  bayi..supaya dapat mengurangkan kes pembuangan bayi nie...tp hasil nye mane ?.woii!!..dari mg bina pondok bayi baik mg bina rumah untuk org2 miskin..kalu mg nk banteras kes gejala buang anak nie smpai ble tak akan sentle...hanye islam je yg dapat meyentlekan bende nie...kalu mg ikot islam,ikot cre pemerintahan islam,ikot quran dn sunnah Rasulullah s.a.w bende nie tak akn jadi..akan tetapi kalu mg ikot cre pemerintahan org kafir./taghut kerajaan mg akan hancur...

 Didalam zaman pemerintahan Saidina Uthman r.a hanya 2 kali berlaku kes zina..akan tetapi didalam pemerintahan BN yg hanya beberapa tahun baru dh berpuluh2 ribu kes zina dan kes pembuangan anak...Ya Allah..dimanakah akal kita semua?memilih org jahil,org yg tdk faham agama untuk memerintah negara kita..betapa bodoh nye kita...diakhirat nanti kita semua akan ditanya oleh Allah Taala kenapa kamu memilih org jahil,org yg tak faham agama aku untuk memimpin kamu semua...apa kita semua nk jawab dihadapan ALLAh nnti.?fikir2kan lah wahai sahabat2 sekelian...fikirkanlah..

 Rasenya sudah smpai masenye untuk kita mengubah kerajaan..sudah smpai masenye untuk kita menaikkan kerajaan Islam..untuk menaikkan kerajaan Islam nie bukan senang..memerlukan tenaga dari kalian semua sbagai pemuda-pemudi..berjuanglah...berjuanglah sampai ke titisan darah terakhir kalian hanyelah untuk Islam yg tercinta..moge2 ALLAH Taala mmudahkan jalan bg kita..Allahumma yassir wala tuassir...amin2x ya robb..


 harap2 apa yg diUPDATEkn ini berguna untuk kita semua...salam ukhuwah...

Khamis, 6 Januari 2011

~SEJARAH PEMBUKAAN KOTA KONSTANTINAPOLE OLEH SULTAN MUHAMMAD AL FATEH~

HADIS RASULLAH SAW TENTANG PEMBEBASAN CONSTANTINOPLE
Sabda Rasulullah s.a.w. ketika menggali Parit Khandaq; “..Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera……”
(Hadis riwayat Imam Ahmad)

Di bawah ini adalah satu artikel yang dikirimkan kepada saya oleh seorang rakan.  Disiarkan semula  di sini untuk tatapan pembaca. Ditambah beberapa keping gambar yang diambil dari Turki untuk dikongsikan.
    _________________________________________________________
Umat Islam berlumba-lumba membebaskan Constantinople untuk mendapatkan penghormatan yang dijanjikan oleh Allah swt di dalam Hadis tersebut. Walau bagaimanapun, kesemua kempen yang dilancarkan menemui kegagalan. Di antaranya, 5 kempen di zaman Kerajaan Umayyah, 1 kempen di zaman Kerajaan Abbasiyah dan 2 kempen di zaman  Kerajaan Usmaniyah.

Di dalam salah sebuah kempen semasa zaman Kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi saw iaitu Abu Ayyub Al Ansary ra telah syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu Kota Constantinople di atas wasiatnya sendiri. Apabila ditanya kenapa beliau ingin dimakamkan di situ maka beliau menjawab, “Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang akan mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Constantinople”. Begitulah teguhnya iman seorang sahabat besar Nabi saw.
Hadis Nabi saw ini direalisasikan hampir 800 tahun kemudiannya oleh Sultan Muhammad Al Fatih, khalifah ke-7 Kerajaan Usmaniyyah dan 150,000 orang tenteranya.
Siapakah Sultan Muhammad Al Fatih? Apakah kehebatan Baginda dan tentera-tenteranya sehingga disebut “sebaik-baik raja” dan “sebaik-baik tentera”di dalam hadis tersebut.

PENGENALAN:

Baginda dilahirkan pada 29 Mac 1432 Masihi di Adrianapolis (sempadan Turki – Bulgaria). Walau bagaimanapun, sejarah hidup Baginda sebenarnya telah bermula hampir 800 tahun sebelum kelahirannya kerana telah disebut sebagai “sebaik-baik raja” di dalam Hadis tadi. Baginda juga dikenali dengan gelaranMuhammad Al Fatih kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

Baginda menaiki takhta ketika berusia   19 tahun dan memerintah selama 30 tahun (1451 – 1481). Baginda merupakan seorang   negarawan ulung dan panglima tentera agung yang memimpin sendiri 25 kempen peperangan. Baginda mangkat pada 3 Mei 1481 kerana sakit gout. Ada ahli sejarah berpendapat Baginda mangkat diracun.  

PENDIDIKAN:

Baginda menerima pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu. Di dalam bidang keagamaan, gurunya adalah Syeikh Shamsuddin Al Wali dikatakan dari keturunan Sayyidina Abu Bakar As-Siddiq ra. Di dalam ilmu peperangan pula, Baginda diajar tentang tektik peperangan,   memanah dan menunggang kuda oleh panglima-panglima tentera.

Di dalam bidang akademik pula, Baginda adalah seorang cendekiawan ulung di zamannya yang fasih bertutur dalam 7 bahasa iaitu Bahasa Arab, Latin, Greek,  Serbia, Turki, Parsi dan Hebrew. Di dalam bidang Ilmu Pemerintahan pula, ayahanda Baginda , Sultan Murad II, dengan tujuan mendidik, semasa pergi bersuluk ke Pulau Magnesia, telah melantik Baginda yang baru berusia 12 tahun memangku jawatan Khalifah. Dalam usia semuda ini Baginda telah  matang menangani tipu helah musuh.

KEPERIBADIAN:

Baginda sentiasa bersifat tawadhu’ dan rendah diri . Semasa membina Benteng Rumeli Hissari, Baginda membuka baju dan serbannya, mengangkat batu dan pasir hingga ulamak-ulamak dan menteri-menteri terpaksa ikut sama bekerja
Baginda seorang yang sentiasa tenang, pendiam, berani, sabar, tegas dan kuat menyimpan rahsia pemerintahan. Baginda sangat cintakan ulamak dan selalu berbincang dengan mereka tentang permasalahan negara.

PERSIAPAN AWAL MEMBEBASKAN CONSTANTINOPLE:

Selama 2 tahun selepas menaiki takhta, Baginda mengkaji pelan Kota Costantinople setiap malam bagi mengenal pasti titik kelemahannya. Baginda juga mengkaji sebab-sebab kegagalan kempen-kempen terdahulu serta berbincang dengan panglima-panglima perangnya tentang tentang strategi yang sesuai untuk digunakan.

Baginda mengarahkan dibina peralatan perang termoden seperti meriam besar yang boleh menembak bom 300 kg sejauh 1 batu. Benteng Rumeli Hissari dibina di tebing sebelah Eropah, lebih kurang 5 batu dari Kota Constantinople di mana Selat Bosphorus adalah yang paling sempit. Ia dibina bertentangan dengan Benteng Anadolu Hisar di tebing sebelah Asia yang telah dibina oleh Sultan Bayazid Yildirim dahulu. Benteng ini mengawal rapi kapal-kapal yang melintasi Selat Bosphorus. Perjanjian damai dibuat dengan pihak Wallachia, Serbia dan Hungary untuk memencilkan Constantinople apabila diserang nanti.

Baginda membawa bersama para ulamak dan pakar motivasi ke medan perang bagi membakar semangat jihad tenteranya. Sebaik sahaja menghampiri dinding kubu Kota Constantinople, Baginda mengarahkan dilaungkan Azan dan solat berjemaah. Tentera Byzantine gentar melihat 150,000 tentera Islam bersolat di belakang pemimpin mereka dengan laungan suara takbir memecah kesunyian alam.

MELANCARKAN SERANGAN KE ATAS CONSTANTINOPLE:

Setelah segala persiapan lengkap diatur, Baginda menghantar utusan kepada Raja Bizantin meminta beliau menyerah. Keengganan beliau mengakibatkan kota tersebut dikepung. Pada 19 April 1453, serangan dimulakan. Kota tersebut hujani peluru meriam selama 48 hari. Setengah dinding luarnya rosak tetapi dinding tengahnya masih teguh.

Menara Bergerak:

Seterusnya Baginda mengarahkan penggunaan menara bergerak yang lebih tinggi dari dinding kubu Byzantine dan memuatkan ratusan tentera. Tentera Byzantin berjaya memusnahkan menara tersebut setelah ianya menembusi dinding tengah kubu mereka.

Bantuan Dari Pope Vatican:

Pope di Rome menghantar bantuan 5 buah armada yang dipenuhi dengan senjata dan tentera. Perairan Teluk Golden Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Usmaniyah. Ini menaikkan semula semangat tentera Bizantin.

Melancarkan Kapal Perang Dari Puncak Gunung:

Kegembiraan mereka tidak lama. Keesokan paginya, mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Usmaniyah di perairan Teluk Golden Horn. Ini adalah hasil kebijaksanaan Baginda mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Tektik ini diakui sebagai antara tektik peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan Barat sendiri. Kapal-kapal itu kemudiannya membedil dinding pertahanan belakang kota.

Kapal-kapal perang tentera Byzantin habis terbakar kerana bedilan meriam Usmaniyah. Pertahanan Byzantin menjadi semakin lemah. Baginda mengambil kesempatan pada malamnya dengan memberikan semangat kepada tenteranya serta mengingatkan mereka kepada Hadis Rasulullah saw dan bersama-sama berdoa kepada Allah swt.

Memanjat dan Melastik Dinding Kota:

Keesokan paginya tentera Usmaniyah cuba memanjat dinding dalam kubu dengan tangga dan cuba merobohkannya dengan lastik besar. Tentangan sengit pihak Byzantin   menyebabkan ramai yang syahid. Baginda memerintahkan tenteranya berundur dan bedilan meriam diteruskan sehingga tengahari.

Karisma Seorang Pemimpin:

Pengepungan selama 53 hari tanpa sebarang tanda-tanda kejayaan  telah menimbulkan rasa bosan dan menghilangkan keyakinan tentera Baginda. Pada saat yang genting ini Baginda berucap menaikkan semangat tenteranya, “Wahai tenteraku, aku bersedia untuk mati di jalan Allah. Sesiapa yang mahu syahid ikutlah aku!”.

Mendengarkan itu, Hasan Ulubate, salah seorang tentera Baginda mengetuai sekumpulan kecil 30 tentera membuka dan melompat masuk ke dalam kubu musuh lantas memacak bendera Islam di situ. Mereka kesemuanya gugur syahid setelah dihujani anak panah musuh. Kemudian tentera-tentera Islam menyerbu bertali arus menembusi barisan pertahanan Byzantin sambil melaungkan kalimah Allahu Akbar.

Penawanan Constantinople:

Pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan Islam. Baginda menukar namanya kepada Islambol (Islam keseluruhan) . Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Baginda dengan tawadhuknya melumurkan tanah ke dahinya lalu melakukan sujud syukur. Semenjak peristiwa inilah Baginda diberi gelaran “Al Fatih” iaitu yang menang kerana kejayaannya membebaskan Constantinople.

SEBAIK-BAIK RAJA DAN SEBAIK-BAIK TENTERA:

Pada kali pertama solat Jumaat hendak didirikan, timbul pertanyaan siapa yang layak menjadi imam. Baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lantas bertanya, “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana  tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.
Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Kali ini semuanya duduk, kecuali  Sultan Muhammad Al-Fatih sendiri. Bagindatidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajjud sejak baligh . Inilah dia anak didikan Syeikh Shamsuddin Al Wali. Bagindalah sebaik-baik raja yang telah diisyaratkan oleh Rasulullah saw di dalam Hadisnya itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...