Isnin, 4 Julai 2011

BERSIH 2.0 : Titah Baginda Yang di-Pertuan Agong

Istana Negara malam ini mengeluarkan Titah Khas Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin mengenai perhimpunan pada 9 Julai ini.

Berikut adalah teks penuh Titah Khas tersebut:

Beta sedang mengikuti dengan teliti akan perkembangan cadangan Kumpulan Bersih untuk mengadakan perarakan dan perhimpunan beramai-ramai yang bertujuan untuk menyerahkan memorandum kepada Beta selaku Yang di-Pertuan Agong, dan bagaimana pihak kerajaan menangani isu ini khususnya agensi-agensi dan jabatan-jabatan yang terlibat.

Namun Beta yakin kepimpinan negara di bawah Yang Amat Berhormat Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak berkemampuan untuk menangani masalah ini dengan sebaik mungkin.

Beta menyeru di dalam keghairahan sebahagian rakyat berpolitik bagi menyuburkan demokrasi dalam negara kita ini hendaklah dipastikan juga bahawa tuntutan demokrasi itu tidak akan membawa kemusnahan kepada negara.

Kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan.

Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun.

Setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan seperti pepatah Melayu "Yang Dikejar Tak Dapat Yang Dikendong Berciciran".

Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik.

Sebaliknya kita harus menumpukan kepada matlamat utama memajukan negara, bukannya mencipta masalah yang membuat negara berada terkebelakang. Ingatlah bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelora.

Itulah pentingnya sifat kesederhanan dan tolak ansur yang telah begitu lama diamalkan oleh warisan pentadbiran negara.

- Bernama

TAZKIRAH : Keterangan Tentang Syahid

Assalamualaikum...
Ttg Post kali nie, sperti mane yg korang bace tajuk kt ats tu ler..Aku tak nk tulis bnyk..Cume aku hadirkan kt sniey sedikit sebanyak hadith2 ttg syahid..Kalu aku tulis bnyk2 pon xgune kalu kOrang xbace..Hope bce lah..Aku post hadith2 nie disebabkn ader org yg meyangke nk mati syahid hanye berjuang fisabilillah..So..aku nk perbetulkankn aggapan sesetengah org tue lah..hope bce lah..k..
Syahid itu luas.bkn sekadar berperang dijalan Allah shaje..berdasarkan hadith2 yg soheh bahawasa syahid itu luas drpd yg dihuraikan oleh para fuqaha sehingge disebut mereka yang mati kerana Allah dengan makna yang lebih luas dan dimasukkan juga org yg ditimpa bencana kemalangan, sakit tertentu dan perkara2 ujian yg memerlukan kesabaran yg tinggi, di antaranya hadith :
  
"Apakah yang kamu kirakan orang yang mati syahid di klangan kamu?" Mereka berkata : "Sesiapa yang dibunuh pada jalan Allah," sbda Rasulullah S.A.W : " kalau begitu orang yang mati syahid di kalangan ummatku sedikit shaja," mereka berkata: " siapakah mereka itu ya Rasulullah?" sabda Rasulullah S.A.W:" Sesiapa yang mati dibunuh dalam perjuangan menegakkan agame Allah ialah syahid, sesiapa yang mati sakit taun ialah syahid, sesiapa yang mati ditenggelami air ialah syahid...

Sabda Rasulullah SAW lagi :

"Orang2 yang mati syahid itu tujuh, selain mati dalam perjuangan fisabilillah orang yang mati sakit taun matinya syahid, orang yang mati ditenggelami air ialah syahid, orang yg mati sakit paru2 adlah syahid, orang yang mati sakit perut syahid, orang yang mati terbakar syahid, orang yg mati di bawah runtuhan syahid dan perempuan yg mati dengan anak kandungannya syahid,"

Didalam sebuah hadith lain, telah diriwayatkan :

Seorang lelakidatang mengadap Rasulullah SAW. Dia berkata : "Bagaimanakah jika datang kpada saya mahukan harta say (dengan cara yang tidk benar?)' Sabda RasulullahSAW : "Peringatkan ia kepada Allah." Katanya: "Jika ia ingatkan Allah?" Sabda Rasulullah SAW: "Mintalah pertolongan kepada orang2 Islam disekelilingmu?" Katanya: "Jika tidak ada orang2 islam disekeliling saya?" Sabda Rasulullah SAW : "Mintalah pertolongan dari orang yg memerintah (kerajaan)." Katanya. " Jika pemerintah menjauhkan diri dari saya(tidak bertindak) dan dia menceroboh sya?" Sabda Rasulullah SAW: "Tentanglah ia utk pertahankan hartamu supaya kamu menjadi di kalangan orang yg mendapat syahid akhirat ataupon kamu berjaya mencegah ia dari menceroboh kamu,"

So..Tak termaktud dalam hadith2 nie bawahasanya hanye yg berjuang fisabilillah akan mendapat title syahid..Moge dgn hadith2 ini,akn membuka pintu hati dan mata org yg mengatakn bahawasanye mati syahid hanye lah jikalau mati berjuang fisabilillah....So..Fahamilah hadith2 ini dgn sebaik nye..Jangan silap tafsir pulok..Jika ade kesalahan sila perbetulkan..Insyaallah akan diterima dgn hati terbuka..k wassalam
                      


                          Gambar AsSyahid Syeikh Ahmad Yassin

Jumaat, 1 Julai 2011

ISU TERKINI : TERBONGKAR !! 88 Pengundi Berdaftar Dibawah Alamat Yang Sama

Anda tak percaya ?? Sila lihat video ini...

Kalau cm giniey lah SPR menjalankn tugas mereka, tiada amanah langsung dalam berkerja..Ini kah yang kita jadi kn CONTOH ?? Gamaknya..Blik awal ler..Mmg patut sangat lah BERSIH 2.0 dijalan kan..Bahkan WAJIB berjalan..Ini laa taktik kotor umprono be-end .. Kalau kalian masih xsedar lagi akn peranan BERSIH 2.0 dan masih berkata Perhimpunan BERSIH 2.0 nie haram mknenye mmg dh dkt lar tu,...Mase utk baham tanah..

Hurm..Cmne lah rakyat Malaysia blh pilih umprono/be-end utk kendalikan negara..xphm ak..Dh2 lah rakyat Malaysia weh...Dh tibe mase utk kite TUKOR KERAJAAN..Opss..silap2...Bukn tukor kerajaan akan tetapi tukor PEMIMPIN kerajaan..Jikalau anda masih mengundi umprono/be-end nie bermakna anda sudh tiada MARUAH !!..

Ayuh..Wahai sahabat2,adik,kkok,abg,pokcik mokcik.atok nenek,moyang, semua sekali lah..Xlarat tuk aku sebut semua..Kite turun utk BERSIH 2.0..Jom pakat ramai2 turun utk mem'BERSIH'kan negara kite dr kekotoran..Kekotoran politik dan sebagai nya..Ayuh !! sudah smpai mase utk kita semua BERUBAH dan MENGUBAH..bukan menunggu untuk DIUBAH..INGAT !! Jikalau anda rase anda masih ber'MARUAH', pastikan anda memakai,menghadiri,dan menyahut seruan BERSIH 2.0 pada 9 Julai 2011 kt SOGO,DBKL dan Masjid Kg Baru..Ayuh!! Same kita turun utk 'BERSIH' kn negara kite dari POLITIK KOTOR dan sebagainya..Ayuh !! Kita BE END kan umprono dan barisan nasional..k..Terima Kaseh semua..Wassalam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...