Khamis, 30 Jun 2011

BERSIH2.0 : Puisi yang Sangat Ditakuti Umnoporno Be-end


                                 
Semakin lara kita didera bara—
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita—demokrasi luka;
lama duka kita—demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu.
 
~A.Samad Said~

BERSIH 2.0 : Pelekat Bersih Palsu untuk Kelirukan Rakyat

KUALA LUMPUR, 29 Jun: PAS mendakwa terdapat usaha pihak tertentu mengelirukan rakyat dengan mengedarkan pelekat kenderaan palsu berlogo Bersih dan berwarna kuning.
Namun pelekat berkenaan boleh menimbulkan kekeliruan apabila tertera ayat "Bersama kita tumbangkan kerajaan sekarang!" dan Buktikan kita mampu seperti Libya!".
Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub memberitahu, beliau mendapat maklumat bahawa terdapat sebuah kilang di Johor yang mencetak pelekat berkenaan dalam kuantiti yang banyak diercayai turut dicetak di seluruh negara.
"Ini satu perancangan rapi dan teliti yang tujuannya untuk sabotaj program Bersih 9 julai ini dan ini merupakan usaha pihak tertentu untuk menimbulkan satu keadaan dan suasana yang tegang," kata beliau pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Justeru beliau berkata PAS akan berbincang dengan peguam mereka untuk membuat laporan polis berhubung perkara ini.

"Mungkin esok melalui peguam kami akan membuat laporan kepada polis dan saya yakin ini bukan kerja seketariat Bersih 2.0  walaupun latar belakang pelekat ini kuning," katanya yang juga ahli Parlimen Kubang Kerian.

Sementara itu, seorang lagi naib presiden, Datuk Mahfuz Omar menegaskan himpunan 9 Julai ini bukan untuk menurunkan kerajaan sepeerti yang berlaku di Mesir sebaliknya hanyalah untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

"Himpunan ini bukan untuk turunkan kerajaan tapi nak tuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Kita anak jantan nak turunkan BN melalui peti undi. Tak ada dalam tuntutan Bersih pun nak turunkan kerajaan," katanya yang juga ahli Parlimen Pokok Sena.
Pengarah Pilihan raya PAS Pusat, Dr. Hatta Ramli berpandangan, tindakan mengelirukan rakyat ini hanyalah untuk mewujudkan satu alasan agar kerajaan menghalang ianya daripada berlaku.
"Mereka mahu pihak berkuasa menggunakan ini sebagai hujah bahawa himpunan ini lebih daripada satu himpunan aman dan mahu mengaitkan himpunan ini dengan himpunan di negara lain," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr. Dzulkefly Ahmad mencabar Pemuda Umno untuk memastikan perhimpunan mereka berlangsung aman.
"PAS cabar pemuda Umno dan khairy untuk memastikan himpunan mereka juga aman kerana kita menuntut pilihan raya yang bersih. Kita mahu pilihan raya di atas padang yang sama rata.

"Siapa menang, siap kalah, biarkan rakyat yang membuat pilihan," katanya.

p/s OPB : OPB harap kalian tidak terpengaruh dgn perkara diats..Kite buat BERSIH hanya untuk mintak keADILan dan keBERSIHan dalam pilihan raya..bukan untuk menjatuh kan kerajaan dgn cara berPERANG seperti yg telah berlaku di negara2 arab ..Harap FAHAM!!..Wassalam...

Rabu, 29 Jun 2011

BERSIH 2.0 : Hak-Hak Anda Bila Ditahan Polis Malaysia

RED BOOK (BAHASA MALAYSIA)
1. APABILA DIBERHENTIKAN POLIS
1.1 Tidak Berpakaian Seragam,
Minta Pengenalan Diri Jika beliau tidak berpakaian seragam, minta beliau tunjukkan pengenalan diri. Katakan; "Sila tunjukkan Kad Kuasa Polis anda."
1.2 Kad Kuasa Polis
Merah: Pegawai Polis yang digantung tugas. Beliau tiada kuasa untuk melakukan apa-apa terhadap anda. Anda boleh berlalu dari situ.
Lain-lain Warna:
• Biru: Berpangkat Inspektor dan ke atas.
• Kuning: Berpangkat lebih rendah daripada Inspektor.
• Putih: Polis Simpanan
Ambil perhatian nama dan nombor Kad Kuasanya.
1.3 Berpakaian seragam Ambil perhatian nama dan nombor ID pada pakaian seragamnya.
1.4 Kenderaan Peronda Polis Ambil perhatian nombor pendaftaran kereta atau motosikal peronda berkenaan.
2. POLIS MENYOAL SIASAT ANDA SEMASA DIBERHENTIKAN
2.1 PengenaIan DiriHanya berikan nama, nombor kad pengenalan dan alamat anda.
2.2 Polis bertanyakan soalan-soalan lain Tanya dengan sopan, "Adakah saya sedang ditangkap?"
2.3 Bilakah anda ditahan
Anda ditahan apabila anggota polis itu:
• menjawab "ya";
• tidak membenarkan anda berlalu/mahu membawa anda ke Balai Polis; atau
• menggari anda.
Jika anda tidak ditangkap, anda boleh berlalu/menolak untuk mengikutnya ke Balai Polis atau ke mana sahaja, jika diminta.
2.4 Bilakah anda tidak boleh ditangkap
Polis tidak boleh menangkap anda semata-mata kerana anda berpotensi sebagai saksi dan mereka mahu mengambil pernyataan daripada anda (Pernyataan 112/Saksi).
3. SOAL SIASAT OLEH PIHAK POLIS TANPA TANGKAPAN
3.1 Penyataan saksi/112 Semasa pihak Polis sedang menjalankan siasatan berhubung sesuatu kes dan berpendapat anda mempunyai maklumat/pengetahuan tentang kes tersebut, pihak Polis boleh menyoal siasat anda dan mencatat semua jawapan anda (Pernyataan 112).
3.2 Permintaan Rasmi / Tidak Rasmi Kebiasaannya, Polis membuat permintaan tidak rasmi supaya anda memberikan Pernyataan 112. Jika tempat dan masa sesuai bagi anda, anda boleh bekerjasama. Jika tidak, beritahu Polis anda akan bekerjasama di tempat dan pada masa yang sesuai. Jika anda menolak untuk bekerjasama, Polis boleh mengeluarkan arahan rasmi secara bertulis, ditandatangani oleh seorang Pegawai Penyiasat (Pegawai Polis) mengkehendaki anda untuk bekerjasama. Jika anda tidak mematuhi Arahan Polis tersebut, anda tidak boleh ditangkap. Walau bagaimanapun, ia adalah satu kesalahan dan pihak Polis boleh memohon kepada Mahkamah untuk mengeluarkan satu waran terhadap anda mendesak anda supaya bekerjasama.
3.3 Membuat Pernyataan 112
Semasa membuat Pernyataan 112, anda boleh menolak untuk menjawab mana-mana soalan/berdiam diri jika jawapannya mungkin mendedahkan anda kepada kesalahan jenayah.
• Bawa bersama anda buku catatan atau kertas tulis (Nota Peribadi).
• Catatkan dalam Nota Peribadi anda semua soalan yang ditanyakan.
• Pastikan bahawa anda faham setiap soalan yang ditanyakan.
• Ambil masa anda dan fikir dengan teliti sebelum menulis jawapan didalam Nota Peribadi anda.
• Bacakan jawapan anda kepada Pegawai Polis yang menyoal anda.
• Simpan Nota Peribadi anda sebagai rujukan di masa hadapan.
3.4 Menandatangani Pernyataan 112 anda
 Sebelum menandatangani Pernyataan anda, baca dengan teliti semua soalan dan jawapan anda yang ditulis oleh Pegawai Polis yang berkenaan.
• Bandingkan Pernyataan yang anda akan tandatangani dengan Nota Peribadi anda.
• Anda berhak membuat pembetulan/pindaan ke atas Pernyataan tersebut sebelum ditandatangani.
• Turunkan tandatangan betul-betul di bawah ayat terakhir Pernyataan anda.
4. POLIS MENANGKAP ANDA
4.1 Tanya: "Mengapa saya ditangkap?" Sesuatu tangkapan menjadi tidak sah jika anda tidak diberitahu alasan tangkapan.
4.2 Jangan melawan semasa ditangkap Polis mempunyai hak untuk menggunakan kekerasan yang munasabah semasa menangkap anda jika anda melawan.
4.3 Tanya: "Balai Polis manakah saya akan dibawa?" Pegawai Polis yang menjalankan tangkapan mestilah dengan segera membawa anda ke Balai Polis yang berdekatan dan bukan sebaliknya.
4.4 Apa yang perlu anda lakukan apabila ditangkap Anda mempunyai hak untuk membuat satu panggilan telefon kepada:
1. Keluarga atau rakan; dan/atau
2. Seorang peguam.
Anda juga bolah menghubungi Pusat Bantuan Guaman (LAC).
Maklumkan kepada mereka:
• yang anda telah ditangkap;
• masa, tempat dan alasan ditangkap;
• Balai Polis di mana anda dibawa.
4.5 Apa yang akan berlaku selepas ditangkap
 Anda boleh ditahan sehingga 24 jam:
• Di Balai Polis, atau
• Di dalam lokap untuk "membantu" penyiasatan Polis.
5. HAK ANDA SELEPAS DITANGKAP DAN SEMASA DALAM TAHANAN
5.1 Hak untuk berunding dengan seorang peguam
 Sebaik sahaja anda meminta kehadiran seorang peguam, anda mempunyai hak untuk berunding dengan peguam berkenaan di Balai Polis. Pihak Polis mestilah memberikan kemudahan-kemudahan yang munasabah dan masa yang munasabah untuk anda berjumpa dan berbincang dengan peguam berkenaan. Pihak Polis bagaimanapun boleh menafikan hak ini, jika kelengahan dalam menyoalsiasat anda boleh menyebabkan berlakunya jenayah lain atau menyebabkan bahaya kepada pihak lain.
5.2 Pakaian Anda dibenarkan mempunyai satu set pakaian bersama anda semasa di dalam lokap.
5.3 Barangan peribadi Pihak Polis mestilah merekodkan semua barangan peribadi anda dan meletakkannya dalam simpanan selamat. Barangan peribadi anda mesti dipulangkan kepada anda sebaik sahaja dibebaskan.
5.4 Kebajikan Anda dibenarkan mandi dua kali sehari. Jika anda jatuh sakit, anda berhak mendapat rawatan perubatan dengan serta-merta. Anda sepatutnya diberikan makanan dan minuman yang wajar dan secukupnya semasa dalam tahanan.
5.5 Berapa lamakah pihak Polis boleh menahan anda Pihak Polis hanya boleh menahan anda sehingga 24 jam untuk siasatan. Tugas Polis adalah untuk menyelesaikan penyiasatan dalam masa 24 jam dan melepaskan anda dengan segera. Jika pihak Polis tidak dapat menyelesaikan penyiasatan dalam tempoh 24 jam, Polis mesti membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk mendapatkan perintah reman untuk memanjangkan tempoh penahanan anda melebihi 24 jam (Perintah Reman).
6. PERINTAH REMAN OLEH MAJISTRET SELEPAS 24 JAM
6.1 Siapakah Majistret Majistret ialah seorang pegawai kehakiman yang mempunyai kuasa untuk membuat Perintah Reman bagi menahan anda lebih daripada24 jam.
6.2 Tujuan Perintah Reman Untuk memberi lebih masa kepada Polis untuk melengkapkan penyiasatan dan memutuskan sama ada terdapat bukti untuk mendakwa anda atas satu-satu kesalahan. Pihak Polis tidak boleh memohon Perintah Reman hanya untuk mengambil Pernyataan daripada anda.
6.3 Berapa lamakah Perintah Reman Apabila pihak Polis membawa anda ke hadapan seorang Majistret untuk memohon Perintah Reman, pihak Polis perlu memberikan alasan kepada Majistret mengapa anda perlu ditahan melebihi 24 jam. Tugas Majistret adalah untuk menimbangkan secara berhati-hati alasan-alasan yang diberikan oleh pihak Polis.
Majistret berkenaan mempunyai budi bicara:
• untuk tidak membenarkan Perintah Reman dan seterusnya melepaskan anda; atau
• membenarkan Perintah Reman untuk satu tempoh yang lebih pendek daripada yang dipohon oleh pihak Polis.
Seorang Majistret mempunyai kuasa untuk membenarkan Perintah Reman tidak melebihi 4 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat. Pihak Polis boleh memohon Perintah Reman kedua selepas tamatnya Perintah Reman pertama. Majistret boleh membenarkan Perintah Reman kedua untuk tempoh tidak melebihi 3 hari atau 7 hari bergantung kepada jenis kesalahan yang sedang disiasat.
6.4 Apa yang perlu anda katakan ketika anda dibawa di hadapans eorang Majistret untuk proses reman
Maklumkan kepada Majistret:
• anda mahu diwakili oleh seorang peguam dan anda mahu menghubungi peguam, pusat bantuan guaman dan keluarga anda;
• jika anda mahukan rawatan perubatan kerana anda sakit atau telah dipukul;
• jika pihak Polis telah mengugut atau memukul anda semasa dalam tahanan;
• jika anda telah tidak diberikan makanan/minuman/pakaian atau perubatan yang wajar dan mencukupi semasa dalam tahanan;
• sama ada pernah ditahan sebaik sebelum penahanan terkini anda;
• sama ada pihak Polis telah menjalankan apa-apa penyiasatan semasa anda dalam tahanan.
6.5 Mohon supaya Majistret memberikan Perintah Reman yang singkat
 Sebelum Majistret berkenaan membuat Perintah Reman, mohon tempoh reman yang lebih singkat daripada yang dipohon oleh pihak Polis. Beri alasan (sebagai contohnya: "saya akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan mereka", "saya boleh dihubungi bila-bila masa dan tidak akan melarikan diri" dll).
7. PEMERIKSAAN BADAN TANPA TANGKAPAN
7.1 Bilakah ianya boleh dilakukan
 Jika anda berada di satu-satu tempat (contohnya: disko/karaoke/ pusat-pusat hiburan) di mana Polis menjalankan serbuan untuk mencari sesuatu (contohnya: dadah), pihak Polis boleh menahan dan memeriksa anda jika mereka berpendapat anda mempunyai atau sedang menyembunyikan barang yang sedang dicari itu. Ini hanya boleh dilakukan dengan kehadiran seorang Pegawai Polis berpangkat Inspektor dan ke atas.
7.2 Apa yang perlu dilakukan
• Jangan benarkan Pegawai Polis berkenaan memasukkan tangannya ke dalam pakaian anda atau kocek/saku anda.
• Jika anda diminta untuk mengeluarkan barangan peribadi anda satu persatu, setiap kali sebut "dompet", "kunci", "Kad Pengenalan" dll.
• Apabila kocek/saku/beg anda telah dikosongkan, terbalikkan kocek/ saku/beg anda.
7.3 Hak-hak anda
• Semua pemeriksaan badan mestilah dijalankan secara profesional dan sopan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
• Jika anda dipaksa/diugut untuk berbogel:
 1. Bantah;
2. Ingat nama Pegawai Polis tersebut; dan
3. Buat laporan Polis selepas insiden tersebut.
8. PEMERIKSAAN BADAN SELEPAS TANGKAPAN BERLAKU
8.1 Bila Polis boleh berbuat demikian
• Polis secara munasabah mengesyaki bahawa anda mempunyai bukti/keterangan berhubung kesalahan yang disyaki.
• Anda ditangkap.
• Pemeriksaan badan mestilah dijalankan di tempat tertutup. Anda mempunyai hak untuk diperiksa badan di tempat tertutup.
8.2 Jenis-jenis Pemeriksaan Badan
Undang-undang membenarkan Polis melakukan 4 jenis pemeriksaan badan:-
1. Pemeriksaan secara menepuk badan dari atas ke bawah- pemeriksaan pakaian luaran.
2. Pemeriksaan tanpa pakaian - untuk mencari bukti, objek, barang terlarang atau senjata. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran seorang pegawai berpangkat Inspektor dan ke atas.
3. Pemeriksaan sulit - selain daripada mencari di dalam mulut, hidung and telinga. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran pegawai berpangkat Penolong Penguasa (ASP) dan ke atas.
4. Pemeriksaan dalaman - untuk menentukan kewujudan objek-objek dll. di dalam badan. Hanya boleh dijalankan dengan kebenaran Ketua Polis Daerah (OCPD). Hendaklah dijalankan oleh seorang Pegawai Perubatan atau Pegawai Perubatan Kerajaan. 
8.3 Hak anda
• Semua pemeriksaan badan mesti dijalankan secara profesional dan sopan.
• Anda dinasihatkan supaya meminta ditemani oleh peguam anda semasa pemeriksaan dilakukan.
• Seorang wanita hanya boleh diperiksa badannya oleh seorang Pegawai Polis wanita.
9. SOAL-SIASAT OLEH POLIS SELEPAS DITANGKAP
9.1 Kenal pasti Pegawai Polis yang menyoal siasat anda
 Ambil perhatian nama/pangkat Pegawai Polis yang menyoal siasat anda.
9.2 Hak anda untuk berdiam diri
Polis lazimnya akan beramah mesra terlebih dahulu (contohnya: bertanyakan tentang keluarga dan rakan-rakan anda dll.) Anda hanya perlu memberikan nama penuh, umur, alamat dan pekerjaan anda (Maklumat-Maklumat Peribadi). Selain Maklumat-Maklumat Peribadi, anda berhak memilih untuk berdiam diri. Anda harus bersopan. Anda tidak perlu takut untuk berdiam diri. Ini adalah hak anda. Jika anda memilih untuk berdiam diri, katakan, "Saya ingin menggunakan hak saya untuk berdiam diri."
9.3 Pernyataan 112 anda semasa dalam penyiasatan
 Pihak Polis akan bertanyakan soalan-soalan kepada anda dan kemudian mencatatkan semua jawapan anda. Polis tidak boleh mengugut atau memaksa anda untuk memberi Pernyataan. Jika anda diugut, dipukul atau dipaksa, buat satu laporan Polis terhadap Pegawai Polis berkenaan dengan segera. Ini adalah hak anda.
9.4 Pernyataan 112 tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti
 Secara amnya, apa jua Pernyataan yang anda buat kepada Polis semasa soal-siasat tidak boleh digunakan sebagai keterangan/bukti kecuali jika anda dituduh atas kesalahan-kesalahan di bawah, sebagai contoh, Akta Dadah Berbahaya, Akta Culik dan Akta Keselamatan Dalam Negeri. Walau bagaimanapun anda bolehmenggunakan Pernyataan anda untuk menyokong pembelaan anda semasa perbicaraan.
PUSAT BANTUAN GUAMAN / LEGAL AID CENTRES (LAC)
• Kuala Lumpur : 03-2691 3005 / 03-2693 2072
• Selangor : 03-5510 7007 / 03-3281 2428
• Negeri Sembilan : 06-6013 844
• Melaka : 06-2845 519 / 06-2864 514
• Johor : 07-2235 698
• Perak : 05-2550 523
• Kedah & Perlis : 04-7333 467
• Kelantan : 04-7448 660
• Pahang : 09-5159 244 / 09-2969 410
• Pulau Pinang : 04-2617 451/ 0 
                KeBERSIHan adalah sebahagian daripada Iman..

Selasa, 28 Jun 2011

BERSIH 2.0 : Perlu Menjamin Bukan Melanggar Hak Asasi Manusia

Tanggungjawab pertama Perdana Menteri Malaysia adalah untuk menjamin kebajikan dan hak asasi semua warga Malaysia.

Memandangkan ini, BERSIH 2.0 sedih dan kecewa atas kenyataan YAB Najib Razak bahawa penyokong himpunan BERSIH 2.0 akan diambil tindakan jika berlaku kekacauan pada 9 Julai ini.

Pada setiap masa, BERSIH 2.0 terus mengulangi komitmen kami kepada aktivisme yang aman dan berprinsip. BERSIH 2.0 sentiasa mengecam sebarang bentuk kekerasan dan konsisten dalam seruan kepada orang ramai untuk menjaga nilai-nilai tersebut bersama. Masyarakat sivil tidak pernah keluar daripada pegangan ini dan tidak akan menyokong sebarang kejadian yang melibatkan kekerasan.

Dengan berhimpun secara aman pada 9 Julai ini, warga Malaysia dari pelbagai latar belakang etnik, agama, dan politik akan meIaksanakan hak perlembagaan mereka secara demokratik dan aman supaya suara mereka didengari.

Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan yang diketuai Perdana Menteri untuk menjamin keselamatan rakyat patriotik yang turun ke jalan raya menuntut hak mereka. Walaupun bagus Perdana Menteri akhirnya bersuara membuat kenyataan tentang 9 Julai, kami tetap kecewa sebab beliau enggan menunaikan tanggungjawab kerajaan sebagai penjamin hak perlembagaan dan keselamatan orang awam tetapi memilih untuk memutarbelitkan niat kami dan mengugut rakyat dengan tindakan menindas.

BERSIH 2.0 turut kecewa dengan dakwaan bahawa tujuan BERSIH 2.0 adalah untuk “merampas kembali momentum politik daripada BN.”

Kemungkinan, Perdana Menteri tidak membaca dan memahami tuntutan BERSIH 2.0 atau sengaja memburukkan imej BERSIH 2.0. Sebagai sebuah pergerakan, kami tidak berminat langsung dalam kepentingan politik mana-mana parti – matlamat kami adalah untuk memulihkan sistem pilihan raya yang benar-benar bebas dan adil supaya semua parti politik di Malaysia boleh bertanding atas padang yang rata dan rakyat diberi peluang memilih sesiapa mereka fikirkan terbaik untuk menjadi pemimpin.

Sudah berkali-kali kami menjemput Barisan Nasional menjadi sebahagian proses ini kerana kami menghargai sokongan daripada mana-mana pihak untuk menjadikan Malaysia lebih adil kepada semua. Kami menjemput kerajaan untuk menolak sebarang paranoia yang menyumbang kepada pandangan bahawa pergerakan ini membawa kesan negatif. Kami menjemput semua supaya berjalan bersama kami untuk menuntut 8 perkara BERSIH 2.0.

Sesungguhnya, ini merupakan peluang terbaik untuk Perdana Menteri menunjukkan idea-idea progresif yang beliau dukungi di dalam dan luar negara. Beliau boleh berbuat begitu dengan membenarkan himpunan 9 Julai berjalan tanpa halangan. Beliau juga boleh mengarahkan semua agensi kerajaan supaya bekerjasama untuk membolehkan setiap warga Malaysia yang ingin melaksanakan hak perlembagaan mereka boleh berbuat demikian tanpa perlu menakuti sebarang kekerasan dan kekacauan.

Kami berpendapat ini adalah cara terbaik untuk menggunakan tenaga dan sumber polis, yang setakat ini hanya menimbulkan kekeliruan dengan menahan penyokong BERSIH 2.0 yang aman dan patriotik dan mendakwa mereka bermotif melancarkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong. Amat nyata, dakwaan sebegini tidak logik dan akan terus mencemari imej negara kita serta nilai-nilai yang didukung Perdana Menteri dan kerajaannya.

Kami setuju dengan kenyataan Perdana Menteri bahawa kuasa politik berada dalam tangan rakyat. Namun, kami berpendapat bahawa kuasa politik akan terus dikumpulkan dalam tangan beberapa orang elit sehinggalah perubahan yang menyeluruh dilaksanakan atas sistem pilihan raya Malaysia.

BERSIH 2.0 berpendapat bahawa dua minggu yang akan datang merupakan masa penentuan bagi Perdana Menteri dan kerajaan. Sebagai pemegang kata putus dalam kerajaan, sebarang tindakan keras terhadap masyarakat sivil, kegagalan menjamin keselamatan warga Malaysia pada 9 Julai, atau retorik yang mencemuhi rakyat patriotik dan aman akan mencerminkan kegagalan Perdana Menteri untuk melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat Malaysia.

Sebagai alternatif, Perdana Menteri boleh (1) bekerjasama dengan BERSIH 2.0 dalam mencapai tujuang yang tidak partisan dan berlaraskan hak asasi manusia, dan (2) menjamin 9 Julai yang bebas daripada kekerasan. Ini adalah jalan terbaik yang boleh dipilih Perdana Menteri dalam membuktikan komitmen beliau kepada semangat 1Malaysia yang sebenar. Kami sekali lagi ingin menyeru secara ikhlas agar Perdana Menteri berjalan bersama rakyat dan bukan menentang rakyat.

OPB : Ini ke sikap seorang pemimpin yg ptt kite contohi?? Melanggar hak asasi manusia..Org cmnie ke kite ptt jdikn pemimpin..?? Fikir2kn lh..  wassalm..

                                                     Jom Pakat Ramai2 Join BERSIH 2.0..
                                               Bukan utk kita tpi utk masa depan anak2 kita..

BERSIH 2.0 : BERSIH Akan Diteruskan - Ambiga

Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan himpunan BERSIH 2.0 akan tetap diteruskan walau apa jua halangan dan tekanan diberikan

Beliau juga menegaskan, himpunan BERSIH 2.0  adalah gelombang kebangkitan rakyat yang mahukan sistem pilihanraya yang diamalkan di negara ini dijalankan dengan bersih dan adil

Himpunan bersih juga adalah himpunan aman yang dijamin malah Rakyat malaysia mempunyai hak untuk berhimpun secara aman seperti yang telah diperuntukkan mengikut perkara 10(1)(b) perlembagaan persekutuan , polis tidak ada sebarang alasan untuk menghalang himpunan yang dijamin aman. (sila baca sini)

Tuntutan telah dikemukakan kepada SPR sebelum ini, namun tuntutan itu telah ditolak mentah-mentah ,malah spr sangat sombong dengan tidak mahu membuka jalan perbincangan untuk menyelesaikan isu ini, lantaran itu gerakan untuk mengadakah himpunan ini telah dimulakan.

8 Tuntutan BERSIH 2.0 ialah              
1- Bersihkan senarai undi                   
2- Memreformasi  undi pos                 
3- Guna dakwat kekal                        
4- Masa kempen manimum 21 hari
5-Akses media yang bebas dan adil
6- Kukuhkan instistusi awam             
 
7-Hentikan rasuah                              
8-Hentikan politik kotor                        

Ketakutan umnoporno Be-End jika sebahagian atau semua tuntutan diatas dilaksanakan telah membawa kemelut yang sangat hebat, bila rakyat akan bangkit  turun kejalanraya menyokong HIMPUNAN BERSIH
 
p/s OPB : SY yakin BERSIH xakn berlangsung jikalau pihak SPR dapat menunaikan permintaan2 diatas..Bende mudah jerr..DOP mati eh kalu wt..Mikir2 lah sket..Tuhan v akal..Jangan sampai jadi cm binatang..Xleh beza baik n buruk..Wassalam..

Ahad, 26 Jun 2011

BERSIH 2.0 : Perkara Yang Anda Perlu Tahu JIkalau Anda Ditangkap Ketika Bersih 2.0


Mengikut Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Perskutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin.

Namun kerakusan Umporno dan be-end telah menyusahkan pihak polis yang kebanyakkannya sudah tidak mahu lagi urusan mereka dicampur aduk oleh pemimpin-pemimpin Umporno  be-end yang sangat korup.

Polis telah diarahkan menangkap penjual baju T-BERSIH yang mencari sesuap rezeki untuk anak isteri,
ada kes-kes tertentu juga contohnya penangkapan Saudara Khairul Anuar Zainuddin iaitu Timbalan Ketua AMK malaysia memalukan jabatan polis sendiri kerana mereka tidak mempunyai sebarang Akta untuk menangkap sesorang yang memakai baju t- bewarna kuning,

Tindakan ini hanya memalukan pihak polis, rata-rata mereka sudah tidak tahan lagi dengan karenah pemimpin korup yang hanya tahu memperkudakan polis untuk kekal berkuasa.

Namun perlu diingat, mereka hanya mencari sesuap nasi untuk anak isteri, ramai anggota polis diluar sana tidak rela dengan apa yang mereka lakukan, mereka akan sentiasa menyokong kita, namun mereka terpaksa melakukan arahan yang diberikan.

Jangan khuatir jika anda ditangkap, mungkin yang menangkap anda itu adalah pihak polis yang menyokong kita namun terpaksa, namun jika ada pihak polis yang melakukkan kekasaran.. anda perlu tahu apa hak anda.. sila baca dan sebarkan

    (1) Jangan banyak cakap dengan polis. Diamkan dan tenangkan diri.

    (2) Minta nama dan nombor polis yang menahan anda dan tanya dia sebab anda ditahan, seksyen berapa yang digunakan.

    (3) Berikan maklumat asas sahaja jika diminta seperti nama, no kad pengenalan, alamat rumah (berikan ikut alamat dalam IC sahaja).

    (4) Jika mereka tanya soal... pekerjaan, jawap yang ringkas sahaja. Jangan bagi maklumat yang lengkap.

    (5) Bagi pelajar, jika mereka tanya anda masih belajar atau tidak, anda hanya perlu jawab “Masih tengah cari kerja” atau berikan jawapan lain yang sesuai. Elakkan mengaku sebagai student. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

    (6) Bagi kakitangan Kerajaan jika mereka tanya tempat kerja anda, jawab:
”Saya kerja swasta atau kerja sendiri”. Biar mereka siasat sendiri jika mereka perlukan maklumat lanjut. Jangan jawab soalan yang tidak perlu.

    (7) Minta berjumpa dengan peguam sebelum beri apa-apa keterangan. Peguam akan menunggu diluar balai jika anda ditahan.

    (8) Kalau boleh jangan beri terlalu banyak keterangan, anda hanya perlu jawab “saya akan bagi keterangan di Mahkamah sahaja”. Ingat! Apa yang anda cakap di Balai Polis boleh dijadikan bahan bukti di Mahkamah. Anda berhak untuk tidak memberikan sebarang keterangan kepada Polis melainkan di Mahkamah.

    (9) Semasa ditahan, jangan pedulikan provokasi polis atau jangan mudah cair bila mereka berlembut.

    (10) Pastikan anda ingat semua yang berlaku, termasuklah pegawai polis yang tahan dan soal siasat anda.

    (11) Jangan terlalu risau kerana, diluar balai telah disediakan orang-orang yang akan jamin dan bela anda.
Tiada apa yang harus anda takuti, hak anda sudah temaktub dan terjamin di bawah perlembagaan, maka anda tidak harus gentar, jika anda ditahan, peguam-peguam yang mewakili anda telah sedia dan akan berkhidmat untuk anda secara percuma.

p/s OPB : Bg yg akan pergi kew BERSIH 2.0 sila bace posting diats..InsyaAllah,ia dpt membantu anda jikalau anda ditahan..Jangan sekali takut..Kerna kalau mengikut  Perlembagaan Persekutuan, polis tiada sebarang hak melarang perhimpunan aman yang dijamin..Jangan sesekali takot...Kerana Bn/Umno tidak berkuasa,Hanya ALLAH yang berkuasa..Wassalam..

sumber : http://tukanglawan.blogspot.com/2011/06/bersih-20-jika-anda-ditangkap-apa-yang.html

Sabtu, 25 Jun 2011

~Kisah Yang Sangat Menyentuh Hati ~

Assalamualaikum wbt..

Cerita untuk post kali adalah kisah seorang kanak2 yang insyaAllah adalah penghuni syurga Allah s.w.t..Kalau ikutkan kisah ini sudah lama berlaku..Tapi takpelah..Semoga ia menjdai pengajaran bagi kita..Ia mengisahkan tentang seorang kanak2 bernama Bara'a..

  Bara’a adalah seorang gadis berusia 10 tahun milik sebuah keluarga kecil bahagia yg taat agama dari Mesir . Kedua orang tuanya adalah doktor dan telah berpindah ke Arab Saudi untuk peluang yang lebih baik. Bara'a adalah gadis muda yg sangat manis dan cerdas . Di usia yg masih muda, dia berjaya menghafal semua Quran dengan tajwid yang betul. Malangnya, tragedi menimpa dan merubah kehidupan gadis muda ini.

Suatu hari ibunya ditimpa penyakit. Selepas beberapa ujian perubatan, ibunya didiagnosis dengan kanser yg boleh membawa maut. Lalu ibunya mulai memikirkan masa depan gadis muda ini dan bagaimana dia hendak memberitahu anaknya mengenai berita buruk itu. Bagaimana Bara’a akan bangun suatu hari tanpa ibunya di sisi. Akhirnya si ibu memutuskan untuk memberitahu puterinya dan berkata:
"Sayangku, mama akan pergi ke syurga tidak lama lagi"

Si ibu menekankan kepada anaknya bahawa dia harus terus membaca Quran setiap hari utk melindungi dan menjaganya dalam kehidupan ini. Pada ketika itu Bara’a tidak dapat memahami sepenuhnya apa yang bakal di lalui di masa depan. Kemudian, dia mula memahami apabila kesihatan ibunya semakin teruk dan dirawat di hospital. Setiap hari pulang dr sekolah dia melawat ibunya di hospital dan membaca Quran di sisi katil ibunya sehingga ptg. Dia terus membaca sampai ayahnya pulang dari kerja untuk menjemputnya.


Suatu pagi pihak hospital menelefon ke rumah dan meminta ayah Bara’a untuk datang ke hospital dgn segera memandangkan kesihatan isterinya semakin tenat dan hampir meninggal dunia. Sang ayah tidak mahu membuatkan putrinya terkejut dgn berita mengenai ibunya itu lalu meminta putrinya tunggu di dlm kereta sementara si bapa pergi melihat keadaan ibunya. Si bapa meyakinkannya bahawa dia akan kembali dalam beberapa minit. Dia melangkah keluar dari kereta dan matanya penuh dengan air mata; bingung dari berita suram nasib isterinya. Sementara ia berjalan utk menyeberang jln, Bara’a memerhatikan ayahnya pergi. Si bapa tiba2 dilanggar bas yg sedang mendatang dan mati serta merta. Bara’a berlari keluar dari keretanya sambil menjerit dan menangis. Dia meluru ke sisi ayahnya yg sudah tidak bernyawa lagi…


Peristiwa tragis Bara’a tidak berakhir di sini. Pihak hospital tidak memberi tahu ibu Bara’a yang sedang berjuang untuk hidupnya menganai kematian suaminya yang terjadi ketika dalam perjalanan untuk bertemu dengannya. Lima hari selepas, ibu Bara’a tewas dlm pertempuran dengan penyakit kanser dan mati meninggalkan Bara’a sendirian di Arab Saudi tanpa saudara mara. Dia kehilangan ibunya dan ayah pada minggu yang sama. Beberapa teman dan orang-orang baik yang tersentuh oleh tragedi cerita Bara'a berusaha untuk membantunya untuk kembali ke keluarga ibu bapa nya di Mesir. Sementara persiapan untuk menghantar pulang Bara'a sedang dibuat, tragedi lain datang lagi tapi kali ini targetnya adalah Bara’a sendiri. Dia mengalami sakit mendadak dan selepas beberapa ujian perubatan, cukup meyakinkan bhw ia didiagnosis dengan bentuk yang sama kanser yang membunuh ibunya. Pada saat Bara'a diberitahu mengenai diagnosis kanser nya dia tersenyum dan berkata:
“Semua pujian bagi Allah, akhirnya, saya akan bertemu Baba dan Mama.”
Sangat luar biasa melihat gadis cilik ini menyambut dan menerima keputusan Allah yang telah menimpa atasnya.

Kisah trageik Bara’a tersebar di Arab Saudi. Seorg lelaki yg Arab yg tidak mahu dikenali memutuskan untuk menghantar Bara’a ke London bg rawatan perubatan. Ketika Bara’a sedang dirawat di rumah sakit di London ia ditemubual oleh stesen TV Mesir, yang disebut al-Hafiz TV. Dia diminta untuk membacakan ayat-ayat suci Al Quran utk ditayangkan dlm program khusus untuk membaca Quran. Pembacaan gadis cilik itu sgt hebat dan merdu serta sgt menyentuh hati sehingga membuatkan pengacara program tersebut menangis teresak2.[video di bawah]

Kanser telah menular ke tubuh Bara’a. Dia menderita dan merasai keperitan dr penyakitnya. Bara’a tinggal di hospital dan kdg2 dia pengsan dan koma. Apabila terjaga dia akan terus membaca ayat2 suci Al Quran. Sebuah lagi stesyen TV menemubual Bara’a melalui telefon dan memintanya untuk membaca sajak dan menyanyikan lagu tentang ibu, ayah dan anak-anak yatim. Dia membuatkan berjuta-juta org menangis di dunia Arab saat dia menyanyi.


Terjemahan:

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan

O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so who is there for me,
to throw love around me

O tear of the Orphan
Tell them so that I may,
Get generous hands
Get generous hands
O tear of the Orphan
O painful letters
My father has died,
so tell the merciful souls
O tear of the Orphan
Tell them the story of the young,
Who have gone to bed without guardian,
O broken tears
O tear of the Orphan
O painful letters
My dear fathers;
the speech has frozen in the mouth
And we are left with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…
with an orphaned tears…

Hari2 yg berlalu Bara’a terus hidup menderita. Kanser tlh melarat ke kakinya. Doktor memutuskan untuk memotong kakinya dalam usaha untuk menyekat penyebaran barah. Dlm tempoh masa yg sukar ini Baraah terus membaca ayat2 suci Al Quran. Kdg2 dia koma dan apabila terjaga, dia terus membaca (mengaji) utk memberikannya semangat utk terus hidup. Kanser merebak ke otak dan doktor memutuskan untuk melakukan operasi otak untuk menghilangkan sel-sel kanser. Dia baru sahaja meninggal dunia pada 26 Jun 2010..innanillahi wainna ilaihi raaji'un. 

Ya Allah.. Ya Rabbi.. Ya Karim..Ingin sekali aku bertemu dengan mu wahai Bara'a.. Moge kamu dan ibu bapamu ditempatkan bersama2 orang yang soleh dan bertaqwa kepada Allah s.w.t didalam Syurga Firdausi..Ameen..






Semoga mendapat sesuatu daripada perkongsian ini. Apa yang paling nyata buat ana adalah...benar, KEKUATAN ITU HANYA DARI ALLAH..even when we feel like we live for nothing, we smile for nobody to see, and we cry for nobody to hear...she (Bara'a) found..the reason why she shouldn't give up..because her story, her DYING body, and her amazing voice actually give LIFE for others' hearts...


Wallahu'alam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...